YB Kapt(B)Dato'Hj. Mohd Najmuddin bin Hj. Elias ADUN Batu Kurau telah meluangkan masa bersama Pegawai - pegawai Pejabat Kesihatan Daerah ke Sekolah Kebangsaan Pantai Besar bagi melawat serta memberikan suntikan semangat kepada pelajar- pelajar sekolah berkenaan.

Turut sama dalam lawatan beliau ialah Penghulu Mukim Batu Kurau dan Ketua Kampung Pantai Besar serta pemimpin tempatan.