USAHAWAN KECIL BAKERI DAN KELAS LATIHAN MEMASAK

Nama Normala bt Samsudin
Umur : 38 tahun
Ahli : 2018

Latar belakang

Puan Normala merupakan wanita 38 tahun yang sangat bersemangat untuk belajar sesuatu yang baru. Puan Normala telah bergiat dalam dunia bakeri dan menjadi tenaga pengajar dalam bidang masakan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan PI, beliau tidak tahu cara-cara untuk mempromosikan bisnes bakeri beliau. Beliau hanya menyebarkan melalui mulut-mulut orang kampung sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penglibatan PI, beliau kini menggunakan PI sebagai salah satu tempat untuk beliau mengajar komuniti setempat yang berminat. Beliau juga meminjam netbook dari PI untuk menaip resepi-resepi baru beliau. Puan Normala juga mempelajari cara membuat pemasaran online melalui FB, Whatsapp di Pusat Internet.

79645512 2769101573141683 5315674511641673728 o

79723736 2769101206475053 6534950473537945600 n