USAHAWAN KECIL ONLINE

Nama : ROSLINDA BT RAZUKI
Umur : 33 tahun
Ahli : 2016

 

Latar belakang

Pn.Roslinda merupakan seorang graduan UiTM berumur 33 tahun yang mempunyai kedai dan perniagaan online di Pekan Batu Kurau, Perak.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pn. Linda merupakan peniaga online yang mempunyai sebuah kedai yang menjual tudung, pakaian, aksesori wanita, telekung, dan produk kesihatan di Pekan Batu Kurau. Beliau memulakan perniagaan dengan menggunakan sosial media Facebook sebagai medium untuk mempromosikan barangan perniagaan beliau. Meskipun begitu, beliau merasakan masih kurang mahir cara yang betul bagi mempromosikan produk beliau di media sosial.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sedar akan kurangnya kefahaman dan kemahiran beliau dalam penggunaan sosial media beliau cuba menyertai kursus keusahawanan melalui PI Pekan Batu Kurau. Kursus E-Usahawan yang dianjurkan oleh pihak PI Pekan Batu Kurau bersama MDEC dan Yayasan Bina Upaya Perak membantu beliau untuk mendapat lebih banyak pengetahuan dan kelebihan bagi memajukan perniagaan beliau.

Selain itu, dengan perkhidmatan pinjaman Notebook bagi ahli di PI Pekan Batu Kurau telah memudahkan beliau bagi mendapatkan maklumat bagi perniagaan beliau. Di samping itu, Pn.Linda juga dapat mempelajari ilmu ICT melalui kelas ICT di PI Batu Kurau. Meskipun beliau kini sudah mula mahir dalam penggunaan ICT, beliau masih lagi mengunjungi PI bagi menggunakan perkhidmatan di PI seperti pencetakan dan fotostat.

 

ROSLINDA-1

 

RROSALINDA2


 

USAHAWAN KECIL

Nama : Hilmi b. Mohd Hanapiah
Umur : 45 tahun
Ahli : 2016

Latar belakang

Kisah kejayaan kalini berkisarkan mengenai usahawan yang menjalankan perniagaan mengimport barangan dari negara China ke Malaysia. Selain itu, beliau juga menjalankan perusahaan kedai makan di Batu Kurau serta pengurusan majlis seperti sukan ekstrim. Beliau yang dimaksudkan ialah Encik Hilmi b Mohd Hanapiah merupakan anak jati bagi Pekan Batu Kurau.

Encik Hilmi merupakan graduan diploma dari Universiti Teknologi Malaysia (UiTM). Beliau bermula dengan menjual barang permainan, jam, barang perhiasan dari negara China melalui ekspo dan karnival bergerak. Beliau juga menjalankan perniagaan kedai makan dan pengurusan majlis seperti sukan ekstrim.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menggunakan kemudahan yang disediakan di PI, Encik Hilmi mengalami kesukaran untuk membuat kertas kerja kerana kurang mahir dengan software microsoft office yang terkini.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengikuti kelas yang dianjurkan di PI, beliau sudah mampu menggunakan microsoft office serta sudah mahir mengendalikan laman sosial untuk perniagaan beliau. Melalui PI beliau dapat mengikuti kursus eusahawan yang dianjurkan oleh MDEC, YBU Perak dan PI Batu kurau. 

 

 

 

 


 

Kisah kejayaan kali ini memperkenalkan seorang anak muda yang menggunakan medium pemasaran online sebagai punca rezeki beliau. Norsakinah bt Mat Abu, gadis berumur 22 tahun merupakan graduan diploma seni kulinari UiTM Jengka Pahang. Minat yang mendalam terhadap dunia bisnes membuka mata beliau untuk mengambil langkah memulakan perniagaan alam maya beliau sebagai sumber rezeki. Beliau menjalankan peniagaan menjual aksesori handphone seperti "powerbank", "card reader", "charger phone" dan lain-lain lagi.

Sebelum adanya PI Pekan Batu Kurau, Sakinah terpaksa berkunjung ke cyber cafe biasa yang kelajuan internetnya tidak memuaskan dan cas penggunaan yang mahal. Ia juga tidak selesa kerana bising dan dipenuhi kanak-kanak yang bermain permainan computer.

Selepas kewujudan PI Pekan Batu Kurau, beliau mendapat lebih banyak peluang dan kelebihan ini kerana PI mengenakan cas penggunaan yang berpatutan ditambah kelajuan internet yang tinggi serta menawarkan perkhidmatan lengkap seperti printing, fotostat, scanning, laminate dan lain-lain lagi. Secara tidak langsung, kemudahan yang disediakan mampu membantu sedikit sebanyak untuk beliau melakukan promosi, berbalas mesej di facebook dan melakukan "online banking" dengan lebih mudah dan cepat.

 

 

 

USAHAWAN KECIL (PETANI MUDA)

Nama : Mohamad Salihin bin Mohd Noor
Umur : 25
Ahli : 2016

Latar belakang

Mohamad Salihin bin Mohd Noor merupakan anak jati Kampung Jabi Batu Kurau yang mempunyai kelulusan Diploma dari Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dalam bidang Kejuteraan Marin. Beliau yang berumur 25 tahun telah mengorak langkah dengan berani untuk mengambil keputusan menjalankan industri pertanian. Minat yang mendalam dalam pertanian membuatkan beliau terus mengorak langkah mengatur strategi bagi tanaman yang diusahakan. Beliau memfokuskan tanaman timun dan juga beberapa tanaman lain mengikut kitaran pokok tersebut.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT, beliau menghadapi masalah untuk mencari maklumat mengenai penanaman timun dan cara untuk mencegah serangga perosak yang merosakkan tanaman.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penggunaan ICT, beliau boleh mendapatkan maklumat lengkap cara untuk mencegah serangga perosak, cara membuat saliran perairan yang baik dan tentang nasihat perniagaan. Melalui PI beliau mempelajari cara untuk membuat kertas kerja bagi membuat pinjaman perniagaan. Selain itu, beliau juga menggunakan PI untuk mencari maklumat mengenai penanaman timun, mencegah serangga perosak dan cara untuk memasarkan hasil tanaman beliau.

 

 

 


 

 

 


 

Seiring dengan perkembangan zaman teknologi yang kian mencabar, setiap orang perlu mempunyai ilmu untuk menguasai dunia internet. Kini, dengan adanya Pusat Internet , ramai penduduk kampung di sekitar Pekan Batu Kurau mampu menguasai ilmu tanpa sempadan ini disamping memudahkan pekerjaan mereka.

Kali ini, remaja yang berusia 13 tahun memanfaatkan kemudahan internet yang disediakan untuk menimba ilmu. Remaja 13 tahun, Muhammad Nor Hafizan menjadi ahli Pusat Internet Pekan Batu Kurau pada 6 Ogos 2016. Sepanjang menjadi ahli, Hafizan merupakan salah seorang ahli yang aktif datang ke PI Pekan Batu Kurau untuk menggunakan kemudahan internet yang ditawarkan.

Alhamdulillah, dengan kewujudan PI Pekan Batu Kurau mampu melahirkan lebih ramai anak-anak muda yang celik IT tanpa ketinggalan walaupun tinggal di kawasan luar bandar. Semoga PI Pekan Batu Kurau dapat diteruskan supaya lebih ramai anak muda mampu menggunakan kemudahan ini