Siapa sangka, anak muda pasangan suami isteri yang merupakan anak penduduk pekan Batu Kurau mengambil keputusan untuk terjun ke dalam dunia perniagaan. Di saat ekonomi negara kian merosot, pasangan muda ini yakin peluang perniagaan di dalam bidang kecantikkan mampu memberi peluang untuk mereka mencari pendapatan sampingan.

Sebelum kita bercerita dengan lebih lanjut mengenai perniagaan " House of Spa" yang diusahakan oleh pasangan muda ini, penulis ingin anda mengenali dua susuk tubuh anak muda yang begitu berbakat dalam bidang spa. Pasangan suami isteri Encik Aizad, 28 tahun dan Puan fauziah, 26 tahun memulakan perniagaan "House of Spa" mereka pada bulan Jun 2016 dan sehinggan kini perniagaan mereka baru berusia 6 bulan. Walaupun perniagaan yang diusahakan oleh mereka belum setahun jagung, namun pengalaman mereka cukup luas di dalam dunia spa.

Sebelum menjalankan perniagaan "House of Spa", mereka telah menjalankan perniagaan "Mobile Spa" sebelum terpaksa menghentikan perkhidmatan berkenaan dek kerana telah mempunyai seorang zuriat yang memerlukan perhatian yang lebih. Perniagaan "House of Spa" yang dijalankan kini dijalankan di teratak milik ibubapa Encik Aizad.

Alhamdulillah, rezeki tidak pernah salah alamat. Meskipun menjalankan perniagaan " House of Spa" di rumah, rezeki mereka sentiasa ada dari kalangan penduduk sekitar Batu Kurau dan ada juga diantara pelanggannya dari Bandar Taiping. Rezeki mereka bertambah apabila tiba musim perayaan dan cuti sekolah apabila ramai saudara mara masyarakat setempat pulang ke kampung halaman.

Encik Aizad menjadikan perniagaan spa ini sebagai aktiviti "part time" kerana beliau menjalanakan perniagaan membaikpulih "Air Cond" yang diusahakan sendiri di bengkel berhadapan rumahnya. Pasangan suami isteri ini menghadiri kursus selama 2 minggu di bawah kelolaan G Fari dan mempunyai sijil yang ditauliah oleh pihak yang diiktiraf.

Mereka kini giat mempromosikan perniagaan " House of Spa" melalui medium sosial seperti Facebook. Selain itu, mereka turut mengedarkan Flyers yang diletakkan di kedai-kedai sekitar pekan Batu Kurau. Bagi yang berminat ingin membuat temujanji atau melakukan perkhidmatan " House of Spa" boleh menghubungi mereka seperti di bawah:

 

Page: https://www.facebook.com/jiahh90/?fref=ts

No tel: 019-4511 545 ( Encik Aizad) & 013-5255 877 (Puan Fauziah)

Alamat: 1908, Belakang Sek Keb Toh Sajak, Batu Kurau

 

Pesakit sedang menjalani rawatan membuang resdung

 

 

Bilik rawatan untuk pesakit

 

Rawatan yang disediakan di "House of Spa"


 

 

Kisah kejayaan yang ingin kami ketengahkan pada bulan ini ialah mengenai seorang wanita berumur 52 tahun berasal dari Batu Kurau, Perak. Wanita yang kami maksudkan ialah Puan Norzalina bt Mat Yaman seorang wanita yang mengusahakan premis perniagaan di Pekan Batu Kurau. Beliau hanya mempunyai tahap pendidikan sehingga sekolah menengah sahaja namun mampu memcari pendapatan sendiri tanpa perlu bergantung kepada suaminya.

 

Seorang tukang jahit sepenuh masa mempunyai premis kedai sendiri di alamat NO. 4, Arena Square, 34500 Btau Kurau, Perak. Disamping itu, beliau turut menjalankan bisnes online menggunakan facebook secara sambilan dengan memasarkan produk orang lain di kawasan beliau tinggal.

 

Melalui bantuan internet Pusat Internet, saya boleh membuat tempahan kepada pemilik produk dengan lebih mudah dan pantas. Hal ini boleh menyumbang kepada kepada peningkatan ekonomi beliau dan keluarga. 

Pusat Internet ini banyak membantu saya untuk belajar dan mengenalpasti potensi perniagaan yang saya jalankan disamping dapat menambah ilmu asas tentang penggunaan internet dalam dunia hari ini. Alhamdulillah, dengan berkat bantuan yang diberi oleh Pusat Internet kini saya sudah mampu untuk celik IT dan tahu cara-cara untuk memasarkan produk saya ke pasaran luar.