Pusat Internet Malaysia Batu Kurau adalah fasa 6 (Clawback 2013) merupakan pusat kemudahan internet untuk komuniti di kawasan luar bandar. Pusat Internet Malaysia Batu Kurau terletak di Arena Square, Batu Kurau, Perak.

Pusat Internet Malaysia merupakan tapak dewan JKKK Batu Kurau. Ia di pilih untuk di bangunkan Pusat Internet Malaysia kerana kedudukan strategik yang terletak di pekan besar komuniti Batu Kurau

Selepas pemilihan tapak disetujui oleh beberpa pihak, aktiviti pengubahsuaian kepada Pusat Internet Malaysia telah dilakukan sekitar bulan Februari 2015 hingga Mei 2015 oleh pihak kontraktor yang dilantik dan pada tanggal 12 Mei 2015 telah menjadi sejarah kepada pembukaan secara rasmi untuk para komuniti sekitar Pusat Internet Malaysia Batu Kurau.