Pada 11 November 2016, wakil Pusat Internet Malaysia telah dijemput untuk menyertai program bacaan yassin sempena beberapa orang wanita dari Kampung Sungai Ara yang bakal menunaikan umrah pada 29 Nov 2016 nanti yang diadakan di Perpustakaan Desa Kampung Sungai Ara.

Majlis itu bermula kira-kira jam 3.30 petang yang diketuai oleh Imam Majid Kampung Sungai Ara. Bacaan yassin itu bertujuan untuk mendoakan kesejahteraan dan diberi kesihatan yang baik kepada jemaah msulimat yang akan menunaikan umrah tersebut. Alhamdulillah, majlis berkenaan dihadiri oleh kaum-kaum ibu yang berada di sekitar Kampung Sungai Ara seramai 15 orang.

Program sebegini harus diteruskan di masa akan datang bagi merapatkan hubungan antara petugas Pusat Internet Malaysia dengan masyarakat setempat. Pihak Pusat Internet Malaysia Pekan Batu Kurau mengucapkan ribuan terima kasih diatas jemputan yang diberikan.

 

 

 

 

 

 

 

 

Dek arus pemodenan semasa, wanita hari ini kian berani mengorak langkah melibatkan diri dalam pelbagai bidang dan mampu "berdiri sama tinggi duduk sama rendah" dengan golongan lelaki di luar sana. Perubahan positif ini menunjukkan wanita hari ini tidak lagi hanya menjadi suri rumah sepenuh masa namun mampu mencari punca pendapatan sendiri untuk menampung ekonomi keluarga.

 

"Serbuk Ice Blended Homemade" yang diusahakan oleh Puan Noridah binti Saidin, wanita berusia 52 tahun ini berasal dari Kampung Simpang Tiga Gudang berjaya menarik perhatian masyarakat kampung. Tika orang lain sibuk mencari peluang pekerjaan di kilang-kilang sekitar Kamunting, wanita kepada 5 cahaya mata ini mampu menghasilkan bisnes yang belum dikenali di hati penduduk setempat. Serbuk Ice Blended yang menggunakan resepi yang tersendiri berjaya memenuhi citarasa penduduk kampung yang ingin mencuba sesuatu yang baru. Demi memenuhi permintaan pelanggan yang terdiri yang daripada peringkat umur, Puan Noridah atau mesra disapa Kak Tah mempelbagaikan perisa Ice Blendednya. 

 

Dengan harga yang mampu milik  bermula dari RM1.50 sehingga RM2.00 ice blended Kak Tah mempunyai rasanya yang tersendiri yang tidak dapat di tempat lain. Walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran apabila ingin memperkenalkan produknya, namun kini kesabarannya bermakna apabila kian dikenali di setiap kampung.