1       2  3       4

 

 5     6  

 

Program Klik Dengan Bijak (KDB) telah dijalankan pada 27 April 2016 bertempat di Sekolah Kebangsaan Parit Haji Aman, Bagan Serai. Aktiviti yang dijalankan melibatkan murid pra sekolah berumur 5 tahun dan 6 tahun.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah aktiviti mewarna, mendengar penerangan berkenaan Apa Itu Klik Dengan Bijak, mengenal peralatan komputer dan sambil menyanyi. Alhamdulillah aktiviti yang dijalankan mendapat sokongan yang sangat baik dari pihak sekolah, guru-guru dan murid-murid sekolah berkenaan. Di harap aktiviti sebigini dapat diteruskan untuk di masa-masa akan datang untuk melahirkan murid-murid yang celik IT.