Pada 5 Oktober 2016, telah berlangsung Program Sehari Bersama Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Pantai Besar bersama Pusat Internet 1Malaysia Pekan Batu Kurau. Program ini dijalankan di Pusat Internet 1Malaysia. Seramai 7 orang pelajar dan tiga guru pengiring dari PDK Pantai Besar menyertai program ini.

Objektif utama program berkenaan, adalah sebagai satu langkah pendedahan kepada pelajar berkenaan mengenai dunia ICT. Program yang bermula seawal 9.30 pagi dan berakhir pada jam 1.00 petang mendapat sambutan yang menggalakkan dari para pelajar khususnya. Pelajar dari PDK Pantai Besar ini mempunyai kekurangan dari segi fizikal, penglihatan, pendengaran dan masalah pembelajaran. Walaupun kekurangan dari pelbagai segi, namun mereka tetap berjaya menghabiskan Kursus Asas Komputer yang dijalankan dengan penuh bersemangat.

Melalui program yang dijalankan ini, secara tidak langsung dapat membantu golongan seperti ini untuk turut serta celik mengenail ilmu teknologi yang semakin penting pada zaman kini. Alhamdulillah, pendedahan yang tidak seberapa dari pihak Pusat Internet 1Malaysia Pekan Batu Kurau sangat membantu mereka untuk "berdiri sama tinggi, duduk sama rendah" dengan masyarakat di luar sana.