Pada 18 Februari 2017, telah dijalankan Program Literasi ICT bertempat di Pusat Internet Malaysia Pekan Batu Kurau. Tujuan program sebegini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan kepada masyarakat sekitar pekan Batu Kurau mengenai teknologi ICT yang kian rancak membangun di dalam negara.

Alhamdulillah, Program Literasi ICT yang diadakan mendapat sokongan penduduk sekitar Pekan Batu Kurau. Walaupun program ini hanya berjalan selama 1 hari dari pukul 9 pagi sehingga 5 petang, namun kesemua aktiviti yang dirancang mampu dilaksanankan dengan penglibatan semua penduduk sekitar pekan Batu Kurau.

Antara aktiviti yang dijalankan pada sesi pagi adalah Skrip ke Skrin, Klik Dengan Bijak (KDB), E-Waste, Pengenalan hardware dan software seta Basic Microsoft Office. Aktiviti ini lebih mensasarkan pelajar sekolah rendah dan menengah yang perlu mengetahui mengenai selok belok dunia ICT.

Manakala sesi petang, aktiviti yang dijalankan adalah pengenalan dashboard komuniti dan apps installation. Aktiviti ini mengfokuskan golongan dewasa bagi memberi pendedahan mengenai dashboard yang sedang digunakan di semua Pusat Internet 1Malaysia di bawah syarikat MSD Digital Intelligence.

Secara keseluruhannya, Program Literasi ICT ini berjaya mencapai sasaran yang ditetapkan dan perlu diteruskan untuk tahun-tahun akan datang. Program ini tamat pada jam 5 petang.