Program Klik Dengan Bijak (KDB) telah dijalankan di Pusat Internet Malaysia (PIM) Pekan Batu Kurau pada 29 May 2015 bertempat di Bilik Latihan PIM. Tujuan program KDB ini dijalankan adalah untuk memberi penerangan kepada Ahli PIM Pekan Batu Kurau dan pengguna internet tentang penggunaan internet secara berhemah.

Memandangkan teknologi kini semakin canggih sehingga boleh menjadi perkara yang tidak kita ingini, pendedahan mengenai penggunaan internet secara selamat dapat membuka fikiran pelajar-pelajar agar lebih berhati-hati apabila menggunakan internet untuk semua jenis urusan. Penerangan dijalankan dengan menggunakan 'slide show'.

Antara peserta yang terlibat dengan aktiviti ini adalah Nur Airisha Hanim binti Zainuddin, Nooralia Sofia binti Baharin, Noorafiqah binti Amran, Siti Syafiqah binti Tajidin, Meor Muhammad Salim bin Saiffuddin dan Muhammad Ezarul bin  Ismail. Peserta menunjukkan minat terhadap penerangan topik ini dan memberi perhatian sepenuhnya serta mengajukan soalan-soalan yang menarik mengenai masalah semasa mengenai penyalahgunaan internet. 

 

PERBEZAAN KBSR DAN KSSR

 

KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH  (KBSR)

Matlamat KBSR adalah penekanan utama kepada Kemahiran Asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Aspek yang terkandung dalam kemahiran asas ialah 3M ialah kemahiran pertuturan, pendengaran, pembacaan, penulisan serta amalan dalam penggunaan empat operasi matematik iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi.Penyerapan nilai-nilai murni dilakukan secara menyeluruh melalui semua mata pelajaran. Bagi mata pelajaran Agama Islam, pengajaran nilai-nilai murni dijalankan secara khusus. Penekanan Dan Tumpuan KBSR  ialah seperti kemahiran asas 3M (Meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan  menulis), kemahiran berfikir, nilai merentas kurikulum, bahasa merentas kurikulum, Patriotisme merentas kurikulum,  strategi P&P yang berpusatkan murid, penilaian berterusan serta pemulihan dan pengayaan.

 

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)

KSSR merupakan satu transformasi pendidikan, iaitu proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah.
 
KSSR  mula dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2011. Menurut Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, KSSR tidak menggantikan tetapi seiringan dengan KBSR. KSSR membahagikan mata pelajaran kepada tiga modul iaitu Modul Asas Teras, Modul Asas Tema dan Modul Asas Elektif. Modul Asas Teras merangkumi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Matematik, Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Modul Asas Tema pula terdiri daripada Dunia Sains dan Teknologi, Malaysia Negaraku serta Seni Visual dan Muzik. Modul Asas Elektif pula pilihan bahasa seperti Bahasa Tamil, Bahasa Cina atau Bahasa Arab.
 
Tahap satu sekolah rendah (tahun 1 hingga 3) akan tertumpu kepada penguasaan 4M (membaca, menulis, mengira dan menaakul) serta kemahiran asas teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sikap dan nilai. Sementara tahap dua sekolah rendah (tahun 4 hingga 6) akan tertumpu kepada pengukuhan dan aplikasi 4M, kemahiran asas ICT, perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, sikap dan nilai.
 
PERBEZAAN KBSR DAN KSSR 
 
 

 

 

 

 

 

1       2  3       4

 

 5     6  

 

Program Klik Dengan Bijak (KDB) telah dijalankan pada 27 April 2016 bertempat di Sekolah Kebangsaan Parit Haji Aman, Bagan Serai. Aktiviti yang dijalankan melibatkan murid pra sekolah berumur 5 tahun dan 6 tahun.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah aktiviti mewarna, mendengar penerangan berkenaan Apa Itu Klik Dengan Bijak, mengenal peralatan komputer dan sambil menyanyi. Alhamdulillah aktiviti yang dijalankan mendapat sokongan yang sangat baik dari pihak sekolah, guru-guru dan murid-murid sekolah berkenaan. Di harap aktiviti sebigini dapat diteruskan untuk di masa-masa akan datang untuk melahirkan murid-murid yang celik IT.