Program UAT bersama Telekom Malaysia (TM) di Pusat Internet 1 Malaysia Pekan Batu Kurau telah dijalankan pada 28 April 2015, dari 10.00 a.m sehingga 12.00 pm. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk mendapatkan kelulusan dari pihak Telekom Malaysia (TM) untuk menjalankan UAT bersama SKMM.

Antara tetamu utama yang hadir ialah TM SNS dan MSD. Tetamu utama yang hadir ialah En. Muhammad Akmal Kamaruddin. Aktiviti utama yang dijalankan semasa program ini adalah memeriksa bangunan dan peralatan di pusat internet.

Antara pegawai lain yang turut hadir semasa aktiviti ini dijalankan ialah En Mohd Azrul (MSD), En. Noorasmadi (IT SERVICES), En. Faizal (EMPIRE SCOPE), dan En. Zaidi (EMPIRE SCOPE). Program ini telah berjalan lancar mendapat perhatian baik dari semua pihak.