USAHAWAN ONLINE & OFFLINE (AGEN PRODUK MUSLIM & KECANTIKAN)

Nama Nurul Huda Binti Abdul Rohim
Umur : 34 tahun
Ahli : 2019

 

Latar belakang

Puan Huda merupakan usahawan wanita yang sangat cekal menghadapi segala cabaran dalam dunia perniagaan online dan offlinenya. Wanita berumur 34 tahun ini sangat memandang ke hadapan untuk mengembangkan bisnes beliau.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT, Puan Huda masih lagi was-was untuk menjual secara online. Beliau hanya menjual secara offline kepada sahabat dan ahli keluarga beliau sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penggunaan ICT, beliau dapat mempromosikan produk jualan beliau secara atas talian seperti di whatsapp story dan facebook. 

 

HUDA-3

 

BELAJAR ASAS MENAIP DAN MICROSOFT OFFICE

Nama Nur Syasya Qasryna bt Habil
Umur : 11 tahun
Ahli : 2019

 

Latar belakang

Nur Syasya Qasryna bt Habil merupakan murid darjah 5 Sek Keb Batu Kurau, Batu Kurau. Beliau adalah murid yang sangat tekun dan rajin untuk mempelajari komputer. Beliau menjadi ahli PIM sejak 2019 dan dari sejak itu beliau akan mengunjungi PIM untuk belajar. Beliau sangat komited untuk mempelajari perkara yang baru.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum mengenali Pusat Internet, beliau tidak mahir menaip dan beliau juga tidak tahu menggunakan Microsoft Office.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penglibatan PIM, adik Syasya sudah pandai menggunakan tetikus, membuka aplikasi untuk pembelajaran, menaip menggunakan keyboard dengan lancar. Petugas PIM juga membimbing beliau untuk mempelajari Microsoft Word dan mempelajari aplikasi yang ada di laman web. Keberhasilan beliau mempelajari komputer di PIM telah menarik minat ahli keluarga beliau untuk mengikuti kursus komputer serta menjadi ahli dan pengunjung tetap di PIM Batu Kurau.

 

syasya

syasya2

 

 


 

 

USAHAWAN MUDA (BAKERI)

Nama : Muhammad Firdaus bin Zainul Abidin
Umur : 23 tahun
Ahli : 2019

Latar belakang

Encik Firdaus mempunyai sebuah kedai kek yang diberi nama Daus Bakery. Encik Firdaus merupakan usahawan muda yang sedang meningkat naik dalam bidang pastri dan bakeri serta mempunyai Sijil Lanjutan Teknologi Hospitaliti Penyediaan Pastri Tahap 3. Meskipun beliau baru sahaja berusia 23 tahun, namun beliau tidak gentar untuk menyahut cabaran dalam bidang yang diceburinya sejak zaman belajar lagi. Beliau nekad untuk memulakan perniagaan beliau secara kecil-kecilan pada awal tahun 2019 dengan mengambil tempahan kek di samping mengeluarkan Boba milk dengan jenama sendiri.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan PIM, beliau hanya berniaga di kedai beliau sahaja dan tidak pernah membuka gerai di mana-mana program atau majlis. Selain itu, sebelum menggunakan ICT, beliau masih tidak tahu cara untuk mempromosikan perniagaannya dengan menggunakan media sosial malah promosi produk beliau hanya menggunakan kaedah offline semata-mata.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengenali PI, En Firdaus diberi peluang untuk membuka booth semasa Hari Bersama Komuniti Pusat Internet bersama usahawan lain. Beliau juga sudah pandai mempromosikan produk beliau di Fb page dan Instagram beliau.

WhatsApp-Image-2020-03-10-at-12.06.33

WhatsApp-Image-2020-03-10-at-11.34.09

WhatsApp-Image-2020-03-10-at-11.34.20

Capture

 


 

BELAJAR MENAIP DAN MICROSOFT OFFICE

Nama : Shahira Bt Asharudin
Umur : 37 tahun
Ahli : 2018

Latar belakang

Shahira Bt Asharudin merupakan Guru Besar SRAR Kampung Changkat Perah, Batu Kurau. Beliau adalah salah seorang pengunjung yang sering mengunjungi Pusat Internet Batu Kurau untuk menggunakan perkhidmatan yang terdapat di sini. Beliau menjadi ahli PI sejak 2018 dan dari sejak itu beliau akan mengunjungi PI untuk menyiapkan tugasan yang telah diamanahkan kepada beliau. Beliau sangat komited untuk mempelajari perkara yang baru dan sering kali menyertai pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pusat Internet Batu Kurau.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum mengenali Pusat Internet, beliau tidak mahir menaip dan beliau juga tidak tahu menggunakan Microsoft Office untuk menyiapkan tugasan beliau. Selain itu, jika beliau ingin fotostat dokumen, beliau perlu ke kedai fotostat atau cyber café yang mengenakan bayaran yang mahal bagi setiap perkhidmatan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penglibatan PI, Ustazah Shahira menjadi pengunjung setia PI. Beliau telah mahir menggunakan Microsoft Word dan Excel yang memudahkan lagi kerja beliau. Beliau juga kerap menggunakan perkhidmatan fotostat dan pencetakan di PI kerana harga yang ditawarkan adalah murah berbanding kedai fotostat dan cyber café yang lain.

1

2


 

USAHAWAN AISKRIM (KAYLA POPSICLE)

Nama : Kharida Bt Ramli
Umur : 56 tahun
Ahli : 2017

Latar belakang

Puan Kharida merupakan pengusaha aiskrim ‘homemade popsicle’ (Kayla Popsicle) di sekitar dan di luar kawasan Batu Kurau, Perak. Kayla Popsicle telah mendapat perhatian dan permintaan yang amat tinggi dalam pelbagai majlis terutamanya program sekolah, kenduri-kendara dan lain-lain program lagi. Puan Kharida melibatkan diri dalam perusahaan aiskrim sejak tahun 2019. Perniagaan beliau semakin berkembang bukan sahaja di sekitar Batu Kurau sahaja malah mendapat permintaan di luar Batu Kurau juga seperti Bagan Serai, Parit, Buntar dan Taiping.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan PI, Puan Kharida terpaksa menggunakan perkhidmatan di cyber café untuk membuat sebarang kertas kerja atau sebarang pendokumentasian walaupun dalam keadaan yang tidak selesa dan harga perkhidmatan fotostat dan pencetakan yang mahal.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengenali PI, Puan Kharida telah menjadi ahli dan menggunakan perkhidmatan di Pusat Internet Batu Kurau dengan sebaiknya. Beliau juga dapat membuat kerja beliau dengan lebih selesa. PI menyediakan program keusahawanan untuk membantu usahawan seperti beliau untuk kekal positif dan meningkatkan mutu jualan produk mereka dengan lebih berkesan. Beliau juga  telah menyertai kelas mencipta logo, membuat Google form dan media sosial untuk meningkatkan pengetahuan beliau.

 

80454377 120502232767360 4147240813522321408 n

84473722 138755550942028 5184162449829396480 n

Capture-1