Batu Kurau merupakan pekan kecil yang mempunyai perkampungan orang Melayu. Ia terkenalk dengan suasana kampung yang damai.Untuk yang ingin lari dari kesibukkan kerja atau hiruk piruk di bandar bolehlah bercuti di Batu Kurau kerana mempunyai pelbagai tempat menarik untuk dikunjungi.

Kurau Stone Fishing dan Highland Stay yang terletak di Kampung Batu Bertindan, Changkat Perah Batu Kurau menawarkan pelbagai kemudahan aktiviti untuk memancing dan penginapan untuk pengunjung yang ingin bermalam di sini.

Alamat: No 893, Kampung Batu Bertindan, Changkat Perah, 34500 Batu Kurau, Perak.

No fon: 05-8880428| 019-511 1918| 019-408 2511

 

 

 

 

 

Teratak Afrina atau nama penuhnya Chalet Teratak Afrina Recreation & Training Centre (Homestay) memang sangat terkenal dikalangan komuniti Batu Kurau dan pengunjung-pengunjung yang gemarkan suasana tenang di kampung. Teratak Afrina yang terletak di Lorong Hashim Ismail, Simpang Empat, Anak Kurau, 34500 Batu Kurau, Perak ini diuruskan Ceria Perkasa Enterprise Sdn. Bhd.

Suasana tenang dan damai Teratak Afrina ini membuatkan tempat ini sesuai untuk percutian keluarga yang gemarkan suasana desa. Teratak ini terletak di dalam kawasan kampung yang jauh dari hiruk pikuk jalan raya. 

 

Papan tanda utama Teratak Afrina yang terletak di bahu jalan

 

Pemandangan dewan makan dari luar, mengambil konsep kapal atau bahtera

 

Kemudahan surau turut disediakan untuk pengunjung yang beragama Islam

 

Teratak Afrina turut menyediakan chalet yang pelbagai bentuk serta beberapa buah homestay untuk pengunjung yang ingin menyewa dalam jumlah yang ramai. Selain itu, kemudahan kolam renang yang besar juga terdapat disini. 

 

Kemudahan kolam renang yang disediakan

 

Suasana di sekitar Teratak Afrina yang sangat damai dengan pepohon hijau

 

Untuk membuat tempahan tempat boleh hubungi 012-4713113, Encik Johari pemilik Teratak Afrina.

 

Disiniland Agrofarm & Resort ini merupakan sebuah destinasi percutian yang berkonsepkan agro dan khas untuk seisi keluarga dan sesiapa sahaja yang mengimpikan percutian yang hampir dengan alam dan kedamaian. Selain itu, resort ini juga berkonsepkan seperti zoo mini di mana para pengunjung dapat melihat telatah haiwan-haiwan di sini seperti burung kasawari, unta, kuda, rusa, dan pelbagai lagi yang dijaga dengan baik.

Selain itu, pelbagai aktiviti yang dapat dilakukan oleh para pengunjung seperti menunggang kuda, memanah, memberi haiwan ternakan makan, memancing ikan, dan juga aktiviti ATV. Oleh itu, pengunjung yang sukakan aktiviti lasak dan alam sangat disarankan untuk berkunjung ke kawasan ini untuk merasai keindahan alam di samping dapat melakukan pelbagai aktiviti yang menarik di sini. Kawasan ini terletak di Sempeneh Cempaka, Batu Kurau, Perak di mana dibuka pada pengunjung pada setiap hari kecuali pada cuti umum (10.00pagi- 6.30 petang)

 

 

disiniland1

Sumber dari Facebook Disiniland Agrofarm & Resort

Gambar di sini

Sempeneh Riverfront Chalet ini merupakan chalet yang berkonsep kabin pertama di Batu Kurau. Chalet ini menjanjikan kepuasan kepada para pengunjung yang impikan sebuah penginapan yang dekat dengan alam semulajadi yang tenang dan damai. Tambahan pula, kawasannya yang strategik berhampiran Gunung Sempeneh, sungai dan hutan menyebabkan rata-rata pengunjung yang hadir terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah yang terlibat di dalam program pembangunan insan dan jati diri. Hal ini adalah kerana pelbagai aktiviti yang disediakan oleh pihak chalet termasuklah jungle tracking, rivercross, jelajah gua, aktiviti kompas, wall climbing, rapeling dan abseling adalah sesuai bagi meningkatkan jati diri pelajar.

Selain itu, chalet ini juga menjadi pilihan bagi sesiapa sahaja yang ingin mengadakan program dan aktiviti outdoor seperti Family Day, sukaneka dan perkhemahan. Sempeneh Riverfront Chalet ini mempunyai staff-staff yang berpengalaman dan berkelayakan yang akan memimpin dalam setiap aktiviti terutamanya aktiviti lasak. Oleh kerana itu, para pengunjung tidak perlu merasa bimbang akan keselamatan masing-masing sepanjang aktiviti yang dijalankan.

 

Hubungi: 019-5001640

FB: Sempeneh River Front

SR5

Sumber dari Facebook Sempeneh Riverfront Chalet

 

Gambar di sini

Kem Ayer HItam amat sinonim dengan masyarakat Batu Kurau yang rata-ratanya tahu tentang kewujudan air terjun semulajadi yang sangat indah keindahannya. Kem yang menjadi pusat rekreasi dan pendidikan luar ini banyak memberi pengetahuan, kemahiran, disiplin dan pengukuhan nilai-nilai murni ke arah membentuk generasi yang cemerlang. Kem yang terletak di Unjuran Banjaran Bintang Hijau membolehkan pengunjung menikmati desiran air sungai dan pemandangan lata air terjun sungai Air Hitam.

Disinilah lubuk ikan tengas, sajian tetap kaki-kaki pancing. Khazanah belantara seperti flora, cedung, merbau, kasai termasuk anggerik rimba yang mengasyikkan lagi pemandangan di sini. Pemandangan kem diserikan lagi dengan dusun buah-buahan seperti durian, manggis, markisa dan sebagainya.

Antara kemudahan yang disediakan di Kem Air Hitam untuk setiap pengunjung antaranya ialah dewan terbuka, chalet, padang, trek 4 x 4, kolam kayak dan pelbagai lagi. Selain itu, kem ini turut menawarkan pelbagai aktiviti menarik sesuai untuk aktiviti berkumpulan seperti team building, berkayak, flying fox, merentas rimba, kraf perkhemahan dan sebagainya.

Kunjungan ke kem hanya mengambil masa 26 minit dari Plaza Tol Kamunting dan 5 minit dari Pekan Batu Kurau. Bagi yang berminat untuk menikmati keindahan alam disamping melakukan aktiviti yang mencabar boleh berurusan dengan pemilik Kem Air Hitam di no telefon di bawah

 

Alamat: KEM AYER HITAM, Lot 6778 & 6779, Kampung Air Hitam, 34500 Batu Kurau, Perak

No telefon: 012-4683162