Pekan Batu Kurau dahulu dan kini sudah jauh berbeza dari masa ke semasa. Dahulu, Pekan Batu Kurau dikenali sebagai ‘pekan koboi’ yang mundur dengan pembangunan. Namun kini, seiring arus pemodenan Pekan Batu Kurau sudah membangun dengan lebih baik terutamanya dalam pembangunan dan kemudahan yang tersedia untuk keselesaan komuniti di sini.

Antara kemudahan yang terdapat di Pekan Batu Kurau ialah;

  1. Sekolah (Rendah dan Menengah)
  2. Balai polis
  3. Bomba sukarela
  4. Bank (Bank Simpanan Nasional)
  5. Stesen minyak
  6. Perpustakaan desa
  7. Klinik desa
  8. Pejabat penghulu
  9. Pejabat pos
  10. Pejabat Tenaga Nasional Berhad (TNB)
  11. Pusat kem dan motivasi
  12. Resort/homestay
  13. Masjid/surau

 

batu-kurau

Sumber dari Sinar Harian Online

Batu Kurau adalah sebuah pekan kecil di negeri Perak tetapi mempunyai kemudahan asas yang lengkap seperti Sekolah, Klinik, Bank, Perpustakaan Desa, Tempat Riadah dan lain-lain lagi

Map atau peta di bawah akan dapat membantu anda mengetahui kemudahan asas yang ada di batu kurau.