Pada 9 Mei 2017 telah dijalankan Kelas Intel Basic bersama pengurus dan staf Perpustakaan Desa sekitar Larut Matang dan Selama. Kelas yang berlangsung dari pukul 10 pagi sehingga jam 3.00 petang berjalan dengan jayanya. Kelas sebegini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pihak Perpustakaan Desa mengenai kepentingan mengetahui ilmu asas komputer

 

Seramai 5orang staf Perpustakaan Desa dan seorang pengurus terlibat dalam kelas intel kalini. Ilmu asas menggunakan komputer amat berguna untuk mereka dalam menjalankan kerja-kerja seharian. Di harap pendedahan yang diberikan membantu sedikit sebanyak untuk para petugas menjalankan kewajipan mereka sebagai petugas Perpustakaan Desa.

 

Diharap para petugas mengaplikasikan ilmu yang diberikan dengan sebaiknya.

 

 

 

Pada 18 Februari 2017, telah dijalankan Program Literasi ICT bertempat di Pusat Internet Malaysia Pekan Batu Kurau. Tujuan program sebegini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan kepada masyarakat sekitar pekan Batu Kurau mengenai teknologi ICT yang kian rancak membangun di dalam negara.

Alhamdulillah, Program Literasi ICT yang diadakan mendapat sokongan penduduk sekitar Pekan Batu Kurau. Walaupun program ini hanya berjalan selama 1 hari dari pukul 9 pagi sehingga 5 petang, namun kesemua aktiviti yang dirancang mampu dilaksanankan dengan penglibatan semua penduduk sekitar pekan Batu Kurau.

Antara aktiviti yang dijalankan pada sesi pagi adalah Skrip ke Skrin, Klik Dengan Bijak (KDB), E-Waste, Pengenalan hardware dan software seta Basic Microsoft Office. Aktiviti ini lebih mensasarkan pelajar sekolah rendah dan menengah yang perlu mengetahui mengenai selok belok dunia ICT.

Manakala sesi petang, aktiviti yang dijalankan adalah pengenalan dashboard komuniti dan apps installation. Aktiviti ini mengfokuskan golongan dewasa bagi memberi pendedahan mengenai dashboard yang sedang digunakan di semua Pusat Internet 1Malaysia di bawah syarikat MSD Digital Intelligence.

Secara keseluruhannya, Program Literasi ICT ini berjaya mencapai sasaran yang ditetapkan dan perlu diteruskan untuk tahun-tahun akan datang. Program ini tamat pada jam 5 petang.