Dek arus pemodenan semasa, wanita hari ini kian berani mengorak langkah melibatkan diri dalam pelbagai bidang dan mampu "berdiri sama tinggi duduk sama rendah" dengan golongan lelaki di luar sana. Perubahan positif ini menunjukkan wanita hari ini tidak lagi hanya menjadi suri rumah sepenuh masa namun mampu mencari punca pendapatan sendiri untuk menampung ekonomi keluarga.
"Serbuk Ice Blended Homemade" yang diusahakan oleh Puan Noridah binti Saidin, wanita berusia 52 tahun ini berasal dari Kampung Simpang Tiga Gudang berjaya menarik perhatian masyarakat kampung. Tika orang lain sibuk mencari peluang pekerjaan di kilang-kilang sekitar Kamunting, wanita kepada 5 cahaya mata ini mampu menghasilkan bisnes yang belum dikenali di hati penduduk setempat. Serbuk Ice Blended yang menggunakan resepi yang tersendiri berjaya memenuhi citarasa penduduk kampung yang ingin mencuba sesuatu yang baru. Demi memenuhi permintaan pelanggan yang terdiri yang daripada peringkat umur, Puan Noridah atau mesra disapa Kak Tah mempelbagaikan perisa Ice Blendednya.
Dengan harga yang mampu milik bermula dari RM1.20 sehingga RM2.00 ice blended Kak Tah mempunyai rasanya yang tersendiri yang tidak dapat di tempat lain. Walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran apabila ingin memperkenalkan produknya, namun kini kesabarannya bermakna apabila kian dikenali di setiap kampung.