Kem Ayer HItam amat sinonim dengan masyarakat Batu Kurau yang rata-ratanya tahu tentang kewujudan air terjun semulajadi yang sangat indah keindahannya. Kem yang menjadi pusat rekreasi dan pendidikan luar ini banyak memberi pengetahuan, kemahiran, disiplin dan pengukuhan nilai-nilai murni ke arah membentuk generasi yang cemerlang. Kem yang terletak di Unjuran Banjaran Bintang Hijau membolehkan pengunjung menikmati desiran air sungai dan pemandangan lata air terjun sungai Air Hitam.

Disinilah lubuk ikan tengas, sajian tetap kaki-kaki pancing. Khazanah belantara seperti flora, cedung, merbau, kasai termasuk anggerik rimba yang mengasyikkan lagi pemandangan di sini. Pemandangan kem diserikan lagi dengan dusun buah-buahan seperti durian, manggis, markisa dan sebagainya.

Antara kemudahan yang disediakan di Kem Air Hitam untuk setiap pengunjung antaranya ialah dewan terbuka, chalet, padang, trek 4 x 4, kolam kayak dan pelbagai lagi. Selain itu, kem ini turut menawarkan pelbagai aktiviti menarik sesuai untuk aktiviti berkumpulan seperti team building, berkayak, flying fox, merentas rimba, kraf perkhemahan dan sebagainya.

Kunjungan ke kem hanya mengambil masa 26 minit dari Plaza Tol Kamunting dan 5 minit dari Pekan Batu Kurau. Bagi yang berminat untuk menikmati keindahan alam disamping melakukan aktiviti yang mencabar boleh berurusan dengan pemilik Kem Air Hitam di no telefon di bawah

 

Alamat: KEM AYER HITAM, Lot 6778 & 6779, Kampung Air Hitam, 34500 Batu Kurau, Perak

No telefon: 012-4683162