Kerepek Labu yang diusahakan oleh Siti Darielia Nadirah yang berasal dari Kg.Perik. Beliau membuat kerepek labu menggunakan labu yang ditanam sendiri di kebunnya sendiri.
Pelbagai perisa kerepek labu yang dibuat oleh beliau antaranya original,crispy dan cheese yang mendapat sambutan menggalakkan di kalangan penduduk Padang Terap.
Untuk tempahan boleh hubungi Cik Ira :
No.Telefon / Whatsapp : 019-4979817 / 017-5696786
Sumber: Menarik di Utara
Nama Produk: PEKASAM DAGING ZURA NOOR LARIS!
Harga: Bergantung kepada jenis produk
Alamat: Arena Square, Batu 14, 34500 Batu Kurau, Perak.
Nama Pengusaha: Zura Noor
No telefon: 019-497 7805
Kisah penglibatan usahawan:
DULU mungkin kita jarang mendengar tentang pekasam daging. Yang ada Cuma pekasam ikan terubo, ikan lampam, ikan puyu
dan lain-lain lagi pekasam dari ikan sungai. Ibu dan nenek kita kebanyakkannya memang mahir membuat pekasam ikan.Kini,
pekasam daging pula timbul ceritanya. Pekasam Daging yang diilhamkan oleh seorang bernama Zura Noor ini menjadi fenomena
sehinggakan pekasam daging buatannya ditempah hingga ke merata tempat di Malaysia termasuk di Singapura. Dengan jenama
PEKASAM DAGING BATU KURAU, produk asli kelahiran Batu Kurau melalui resepi nenek moyangnya itu, terus menjadi
terkenal sehingga membawa nama Batu Kurau ke daerah lainnya.Zura Noor, anak kelahiran Batu 15, Batu Kurau tak menyangka
bahawa produk pekasam dagingnya menjadi terkenal dan mendapat permintaan diluar jangkaan.Dalam temubual dengan Harian
Batu Kurau di kediamannya, Zura Noor berkata dia terpaksa menyiapkan hampir 100 paket Pekasam Daging Batu Kurau untuk
dihantarkan kepada agennya yang berada di seluruh Malaysia.Kini, Zura Noor telah menambah keluaran produksinya dengan
membuat satu jenama lain iaitu Pekasam Ayam yang juga mendapat sambutan ramai.Kepada mereka yang ingin mencuba
keenakan Pekasam Daging dan Ayam Batu Kurau ini, bolehlah menghubungi di talian 019-4977805. Menurut Zura Noor lagi,
mereka yang berada di luar kawasan Batu Kurau, dia juga menyediakan khidmat pos hingga ke pintu rumah.