Pada 17 November 2017, telah diadakan program Program Rakan Strategik Bersama JKKK, Ketua Kampung, Agensi Kerajaan dan Pemimpin Dun Batu Kurau. Program yang dianjurkan oleh YB. Dato' Dr. Hj. Muhammad Amin b Hj. Zakaria selaku Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Sains, Alam Sekitar merangkap Adun Batu Kurau. 

Program seperti ini bertujuan untuk mengumpulkan beberapa agensi kerajaan beserta wakil penduduk tempatan untuk membincangkan isu-isu yang berlaku di sekitar Dun Batu Kurau serta penambahbaikkan yang boleh dilakukan di Batu Kurau. Pusat Internet 1Malaysia Batu Kurau juga dijemput untuk menyertai program ini.

Alhamdulillah, program ini mendapat sokongan yang tidak berbelah bagi oleh penduduk kampung dan agensi kerajaan. Program yang berjalan bermula jam 3.00 petang sehingga 5.00 petang mendapat manfaat yang berguna untuk semua. Diharap program seperti ini dapat dijalankan di masa akan datang