Tarikh            : 10, 17, 23 & 24 September 2017

Masa              : 9.30 pagi - 1.00 petang

Lokasi            : Pi1m Batu Kurau

Peserta          : 16 orang

 

Tujuan  

Memberi pendedahan kepada pelajar mengenai penggunaan Microsoft Office yang sangat penting pada dunia masa kini.

 

Aktiviti

Microsoft office terdiri daripada Word, Excel,  Powerpoint, Publisher, Outlook, Onenote, dan Access. Setiap microsoft mempunyai fungsi yang berlainan mengikut kehendak pengguna. Kelas ini menyediakan pendedahan bagi penggunaan Microsoft Word dan Microsoft PowerPoint khas untuk pelajar sekolah bagi memudahkan mereka menyelesaikan tugasan sekolah dengan lebih efektif. Melalui penggunaan Microsoft Word, pelajar dapat mempelajari ilmu asas untuk memasukkan gambar ke dalam Microsoft Word di samping cara untuk 'design front page' bagi folio atau tiap tugasan yang berkaitan dalam bentuk pengolahan kata. Pelajar juga dapat mempelajari ilmu Microsoft PowerPoint untuk menghasilkan pembentangan yang menarik di sekolah. Setiap pelajar mula tertarik dengan kelas ini apabila setiap pelajar diberi peluang untuk menggunakan gambar dan bahan yang disukai mereka di setiap proses pembelajaran ini berlangsung. Justeru itu, setiap proses pembelajaran perlu mempunyai teknik yang berkesan bagi menarik perhatian setiap pelajar untuk lebih memahami dan mencungkil idea dari mereka.

 

Gambar disini