Tarikh            : 23 September 2017

Masa              : 2.30 petang - 4.30 petang

Lokasi            : Pi1m Batu Kurau

Peserta          : 7 orang

 

Tujuan  

Membantu para pelajar untuk memahirkan diri dengan soalan dan dapat menyelesaikan masalah matematik dengan mudah

 

Aktiviti

Matematik merupakan subjek yang sangat menarik dan penting untuk dipelajari. Hal ini kerana, setiap perkara dalam kehidupan manusia pasti akan dikaitkan dengan matematik contohnya, pengiraan waktu dan jual beli barang. Oleh itu, kelas matematik yang diadakan di PI1M Pekan Batu Kurau ini adalah bagi mengasah kemahiran dan minda para pelajar untuk lebih mahir dalam ilmu matematik. Di samping menambah ilmu matematik, para pelajar juga didedahkan dengan perbincangan secara berkumpulan di mana mereka perlu berbincang bagi menyelesaikan soalan matematik yang diberikan. Pelajar membuat latihan matematik yang disediakan oleh petugas dan dibantu oleh petugas untuk menyelesaikan masalah tersebut. 

 

Gambar disini