Tarikh            : 1 November 2017

Masa              : 8.30 pagi - 11.00 pagi

Lokasi            : SMK Taman Panglima

Peserta          : 108 orang

 

 

Tujuan  

Memberi pendedahan mengenai cara penggunaan komputer yang betul dan jenayah-jenayah siber yang berlaku masa kini. 

Aktiviti

Program Klik Dengan Bijak (KDB) ini diadakan di SMK Taman Panglima, Taiping di mana disertai oleh 108 pelajar yang terdiri daripada pelajar Tingkatan 3 dari sekolah tersebut. Kali ini, program ini menyasarkan komuniti daripada kalangan pelajar bagi menimbulkan kesedaran mereka mengenai pentingnya penggunaan komputer dan internet dengan betul dan berhikmah. Para pelajar juga dapat mengenali dengan baik mengenai jenayah- jenayah siber yang sering mengganggu keharmonian negara dengan aktiviti penipuan serta penggodam data peribadi.

 

Gambar di sini