Tarikh            : 23 Disember 2017

Masa              : 2.30 petang - 4.30 petang

Lokasi            : Pi1M Batu Kurau

Peserta          : 5 orang

 

 

Tujuan  

Aktiviti ini telah dijalankan pada 23 Disember 2017 dan disertai oleh lima orang pelajar. Tujuan aktiviti ini diadakan bagi memberi kesedaran dan motivasi kepada pelajar untuk sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan mereka.

Aktiviti

Setiap pelajar diberikan sehelai kertas bersaiz A4 dan sebatang pen dan mereka perlu melukis sebentuk hati (love) pada kertas tersebut. Petugas menayangkan 2 buah video pendek yang berkisahkan tentang kehidupan seseorang. Setiap  pelajar perlu menonton video tersebut dengan berhati-hati. Petugas menerangkan maksud yang tersembunyi pada 2 buah video tersebut dan kemudian mereka perlu menuliskan nilai-nilai murni yang mereka perolehi daripada video-video tersebut pada lukisan hati mereka. Lukisan tersebut melambangkan hati mereka di mana mereka ingin mengamalkan setiap nilai-nilai murni tersebut dalam kehidupan mereka.

 

Gambar di sini