Tarikh            : 13 Januari 2018

Masa              : 10.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi            : Pi1M Batu Kurau

Peserta          : 5 orang

 

 

Tujuan  

Aktiviti ini dijalankan pada 13 Januari 2018 yang disertai oleh lima orang pelajar. Tujuan aktiviti ini dilaksanakan adalah bagi menguji keupayaan dan kecekapan minda para peserta bagi mencari kata (simpulan bahasa) yang tersembunyi disebalik huruf-huruf yang tersusun rapi. Selain menarik minat peserta untuk melibatkan diri dalam setiap aktiviti di PI1M, peserta juga dapat meningkatkan pengetahuan dalam Bahasa Melayu terutama dalam penggunaan simpulan bahasa.

Aktiviti

Sebelum memulakan aktiviti, para peserta diberi penerangan oleh petugas mengenai penggunaan simpulan bahasa dalam Bahasa Melayu. Selepas itu, para peserta dikehendaki mencari kata (simpulan bahasa) dalam kertas soalan yang diberikan oleh petugas. Peserta yang terpantas dalam menjawab soalan tersebut akan mendapat hadiah yang telah disediakan.

 

Gambar di sini