Tarikh            : 12 Mei 2018

Masa              : 10.00 pagi - 12.30 tengahari

Lokasi            : PI1M Batu Kurau

Peserta          : 5 orang

 

Tujuan  

Program ini dilaksanakan oleh pihak Pusat Internet 1Malaysia Batu Kurau dengan kerjasama seorang penulis bebas Dewan Pustaka dan Bahasa, En. Sallehudin Ibrahim. Tujuan program ini diadakan adalah bagi mengasah bakat para peserta di dalam bidang penulisan serta memberi galakan kepada peserta menjadikan Pusat Internert 1Malaysia sebagai tempat untuk mencari maklumat tambahan dalam penulisan di samping meningkatkan lagi pengetahuan ICT mereka.

Aktiviti

Para peserta diberikan  pengisian dan taklimat oleh En. Sallehudin Ibrahim mengenai dunia penulisan beliau dan cara untuk menceburi bidang penulisan dengan menggunakan majalah Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai platform untuk memulakan langkah pertama sebagai penulis muda. Para peserta digalakkan menghantar beberapa karya mereka kepada Dewan Pelajar samaada melalui pos ataupun melalui petugas PI1M.

 

Gambar di sini