Tarikh            : 14 Julai 2018

Masa              : 11.30 pagi - 12.30 tengahari

Lokasi            : PI1M Batu Kurau

Peserta          : 15 orang

 

 

Tujuan  

Kelas ini dilaksanakan pada 14 Julai 2018 dan disertai oleh 15 orang pelajar. Objektif kelas ini diadakan adalah bertujuan untuk membantu para pelajar untuk mempertingkatkan kemahiran mereka dalam penggunaan bahasa Inggeris yang kini menjadi salah satu bahasa yang penting untuk dipelajari oleh semua lapisan masyarakat.

Aktiviti

 

Dengan menjadikan laman web English Central sebagai alat bantuan pengajaran, petugas dapat mengajar dan memahamkan para pelajar dengan lebih berkesan. Para pelajar ditayangkan beberapa video dan dikehendaki memberikan tumpuan yang sepenuhnya. Selepas itu, para pelajar dikehendaki menjawab beberapa soalan yang berkaitan dengan topik yang diajarkan.

 

Gambar di sini