Tarikh            : 8 Ogos 2018

Masa              : 9.30 pagi - 1.00 petang

Lokasi            : Pusat Internet Malaysia Batu Kurau

Peserta          : 15 orang

 

 

Tujuan  

Kecantikan adalah merupakan perkara yang penting bagi seorang perempuan untuk tampil anggun dan berkeyakinan tinggi. Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk mendedahkan para peserta cara menjaga penampilan diri di samping meraih minat mereka untuk menceburi dalam bidang keusahawanan kecantikan. Selain itu, mereka juga dapat mengenali Pusat Internet Batu Kurau sebagai tempat rujukan untuk mempertingkatkan imej keusahawanan setempat.

Aktiviti

Peserta diberikan sedikit penerangan dan taklimat oleh tiga orang konsultan Mary Kay tentang teknik-teknik yang sesuai mengenai penjagaan wajah, cara solekan asas dan cara menjadi usahawan Mary Kay. Selepas itu, para peserta perlu mempraktikkan setiap teknik-teknik tersebut pada wajah masing-masing.

 

Gambar di sini