Tarikh            : 8 Ogos 2018

Masa              : 10.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi            : Pusat Internet Malaysia Batu Kurau

Peserta          : 13 orang

 

 

Tujuan  

Aktiviti mewarna adalah salah satu cara untuk meningkatkan kemahiran berfikir, kreativiti, emosi dan sosial terutama dalam kalangan kanak-kanak. Tujuan aktiviti ini adalah untuk membantu merangsang kreativiti dan perkembangan pembelajaran kanak-kanak istimewa (OKU) dengan aktiviti yang lebih menarik. Selain itu, aktiviti seperti ini juga dapat menambah kesedaran mereka mengenai Hari Kemerdekaan yang disambut setiap tahun pada 31 Ogos di samping dapat memperluaskan fungsi Pusat Internet Batu Kurau di mata masyarakat setempat sebagai tempat sehenti komuniti.

Aktiviti

Para pelajar diberi dua helai kertas berkisarkan kemerdekaan negara Malaysia dan mereka perlu mewarna mengikut kreativiti masing-masing.

 

Gambar di sini