Tarikh            : 24 November 2018

Masa              : 2.30 petang - 4.30 petang

Lokasi            : Pusat Internet Malaysia Batu Kurau

Peserta          : 9 orang

 

 

Tujuan  

Kempen 'Mobile E-waste' merupakan kempen yang julung kalinya diadakan oleh pihak MCMC bagi memberikan kesedaran dan mendidik komuniti tentang pentingnya mengitar semula e-sisa mudah alih untuk menjaminkan kehidupan yang bebas daripada penyakit dan pencemaran alam sekitar. Kempen ini juga diadakan adalah untuk menghebahkan kepada komuniti tentang fungsi Pusat Internet Malaysia Batu Kurau sebagai pusat sehenti untuk pengumpulan e-sisa mudah alih termasuklah telefon bimbit, alat pengecas peranti dan lain-lain.

Aktiviti

Petugas menayangkan beberapa buah video yang berkaitan e-sisa mudah alih. Selepas itu, setiap peserta diberikan beberapa soalan oleh petugas untuk menguji tahap kefahaman peserta mengenai tajuk yang dibincangkan.

 

Gambar di sini