Tarikh            : 22 Julai 2023

Masa              : 10.00 Pagi-11.00 Pagi

Lokasi            : Pusat Internet Komuniti (PEDi) Batu Kurau

Peserta          : 5 Orang

Tujuan

Kelas ini diadakan untuk mengasah kemahiran berfikir para pelajar dengan menggunakan jigsawplanet.com. 

Aktiviti

Para pelajar perlu menyusun setiap kepingan gambar untuk membentuk gambar yang sempurna dengan menggunakan laman web jigsawplanet.com.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 16 Julai 2023

Masa              : 10.00 Pagi-11.00 Pagi

Lokasi            : Pusat Internet Komuniti (PEDi) Batu Kurau

Peserta          : 7 Orang

Tujuan

Kelas ini diadakan untuk membantu pelajar memahami subjek Sains dengan cara yang lebih menarik dan interaktif.

Aktiviti

Para pelajar perlu menjawab soalan subjek Sains dengan menggunakan Sheppard Software.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 15 Julai 2023

Masa              : 9.30 Pagi-12.00 Tengahari

Lokasi            : Pusat Internet Komuniti (PEDi) Batu Kurau

Peserta          : 23 Orang

Tujuan

Kursus pembuatan aiskrim colek (soft) ini dijalankan di PEDi Batu Kurau bagi membantu komuniti Batu Kurau untuk mempelajari teknik membuat aiskrim colek dengan mudah tanpa menggunakan mesin industri. Kelas ini juga memberi peluang kepada para peserta untuk menceburkan diri dalam bidang usahawan aiskrim. Tenaga pengajarnya, Puan Kharida merupakan pemilik Aiskrim Kayla merupakan usahawan berdaftar di PEDi Batu Kurau.

Aktiviti

Puan Kharida menunjukkan cara membuat aiskrim colek (soft) dengan cara yang betul dan lebih mudah untuk disediakan di rumah. Setiap peserta kemudian berpeluang untuk mencuba aiskrim yang telah dihasilkan.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 15 Julai 2023

Masa              : 10.00 Pagi-11.00 Pagi

Lokasi            : Pusat Internet Komuniti (PEDi) Batu Kurau

Peserta          : 5 Orang

Tujuan

Aktiviti ini dijalankan bagi menguji tahap kefahaman pelajar sekolah rendah terhadap subjek Sains dan Alam Sekitar. Kuiz kecekapan tenaga ini merupakan kesinambungan daripada Festival Teknologi Hijau & STEM Biodiversiti 2023 yang disertai oleh peserta di seluruh Malaysia.

Aktiviti

Peserta perlu menjawab kuiz secara online mengikut waktu yang ditetapkan. Mana-mana peserta yang memperoleh markah 40% dan pantas akan diberikan sijil penyertaan peringkat kebangsaan.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 7 Julai 2023

Masa              : 3.30 Petang-4.30 Petang

Lokasi            : Pusat Internet Komuniti (PEDi) Batu Kurau

Peserta          : 3 Orang

Tujuan

Kelas membuat resume ini dijalankan untuk membantu belia lepasan Sijil Pelajaran Malaysia membuat resume mereka sendiri untuk memohon kerja tetap atau sambilan.

 

Aktiviti

Petugas membantu belia membuat resume dengan menggunakan laman web Canva.com dengan mudah. Mereka hanya perlu menggunakan template yang tersedia di dalam Canva.com tersebut dengan memasukkan maklumat mereka masing-masing secara percuma.

 

Gambar di sini