BELAJAR MICROSOFT OFFICE

Nama : Nurul Ramizah binti Ali Hasan
Umur : 25 tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Nurul Ramizah merupakan seorang pelajar istimewa yang mempunyai masalah dalam percakapan dan pendengaran. Namun begitu, beliau seorang yang sangat bercita-cita tinggi bagi memajukan diri sendiri dengan pelbagai kemahiran terutama dalam penggunaan komputer.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menyertai PI Pekan Batu Kurau, beliau kurang mahir menggunakan komputer terutama dalam Microsoft Word. Kebiasaannya beliau mengunjungi cyber cafe untuk membuat kerja. Namun, dengan kesukaran beliau untuk berkomunikasi dengan baik dengan pembantu cyber cafe tersebut  membuatkan beliau rasa tidak selesa.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Dengan kesedaran diri yang tinggi ingin meningkatkan kemahiran diri, Nurul Ramizah telah melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang dianjurkan oleh pihak PI Pekan Batu Kurau terutamanya pada hujung minggu. Beliau juga telah menyertai kursus komputer bagi memahirkan diri dalam penggunaan Microsoft Office di PI Pekan Batu Kurau. Sekarang, beliau telah pandai menggunakan Microsoft word, power point dan excel walaupun masih dalam peringkat sederhana. Secara tidak langsung, PI telah membantu komuniti sekeliling dalam penguasaan komputer meskipun dari pelbagai peringkat umur dan kategori untuk terus berdaya saing dengan dunia luar.

ramizah1

ramizah2