USAHAWAN (KAWASAN REAKREASI DAN AGROFARM)

Nama : Datuk Khairil Anuar bin Akhiruddin
Umur : 58 tahun
Ahli : 2018

 

Latar belakang

Datuk Khairil Anuar merupakan ahli peniagaan yang berjaya dan dikenali ramai bukan sahaja di Batu Kurau bahkan hampir seluruh Malaysia mengenali beliau dengan sikap yang peramah dan mesra dengan sesiapa sahaja. Tambahan pula, bermula pada 10 Mac 2017, Disiniland dan Agrofarm yang diasaskan oleh beliau telah mula dikenali oleh seluruh Malaysia. Disiniland ini merupakan tempat reakreasi yang berkonsepkan suasana zoo mini dan penginapan yang lebih mesra kepada alam sekitar. Di sini, pengunjung boleh bermanja dengan haiwan-haiwan yang dipelihara seperti kuda, burung unta, burung merpati, ikan, dan lain-lain lagi di samping menyertai pelbagai aktiviti lasak yang telah disediakan untuk para pengunjung.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan PI, pihak Disiniland hanya mempromosi menggunakan medium facebook page sendiri iaitu Disiniland Agrofarm & Resort

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penglibatan pihak PI, Disiniland dipromosikan oleh pihak PI melalui MyShop dan juga diletakkan di dalam portal PI untuk kategori pelancongan.

 

Fb-Page

 

disiniland