USAHAWAN KECIL GERAI MAKANAN

Nama : Azizah Binti Abdullah
Umur : 62 tahun
Ahli : 2018

Latar belakang

Puan Azizah telah membuka kedai makan secara kecil-kecilan di Kampung Jelai, Batu Kurau. Antara menu yang istimewa yang terdapat di kedai makan beliau ialah yee mee sizzling dan laksa telur sarang.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menyertai Pusat Internet (PI) pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM600-RM1000 sebulan. Pelanggan beliau kebanyakkannya adalah terdiri daripada penduduk sekitar sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Malaysia Batu Kurau, beliau mampu memperolehi pendapatan yang melebihi pendapatan sebelumnya kerana  perniagaan beliau telah dipromosikan di dalam Dashboard Komuniti (MyShop). Pelanggan beliau kini telah bertambah yang terdiri daripada pelbagai daerah dan negeri. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM3000- RM4000 sebulan.

 

AZIZAH1

AZIZAH2

AZIZAH3

AZIZAH4