DROPSHIP DAN AGEN PRODUK KECANTIKAN

Nama Siti Azuwa bt Aris
Umur : 27 tahun
Ahli : 2019

 

Latar belakang

Puan Azuwa telah menjalankan bisnes kecantikan produk Nurraysa bermula tahun 2017 lagi. Beliau bermula sebagai dropship dan menjadi agen selepas yakin dengan kemampuan diri untuk memegang stok. Beliau menjual secara online dan offline.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan PI, Puan Azuwa agak ketinggalan dan tidak tahu cara untuk membuat broadcast di whatsapp, menghubungkan akaun facebook page & Instagram dan membuat ayat soft selling.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penglibatan PI, Puan Azuwa sudah semakin pandai untuk memahami apa itu soft sell, hard sell & upsell. Beliau juga telah mampu untuk membuat link antara Instagram dan Facebook Page. Selain itu, beliau juga telah mempelajari cara mengedit photo menggunakan canva.com. PI juga membantu mempromosikan produk beliau di dalam Myshop Dashboard Komuniti.

 

FB-Page-Azuwa

ig-azuwa