Kisah kejayaan kali ini memperkenalkan seorang anak muda yang menggunakan medium pemasaran online sebagai punca rezeki beliau. Norsakinah bt Mat Abu, gadis berumur 22 tahun merupakan graduan diploma seni kulinari UiTM Jengka Pahang. Minat yang mendalam terhadap dunia bisnes membuka mata beliau untuk mengambil langkah memulakan perniagaan alam maya beliau sebagai sumber rezeki. Beliau menjalankan peniagaan menjual aksesori handphone seperti "powerbank", "card reader", "charger phone" dan lain-lain lagi.

Sebelum adanya PI Pekan Batu Kurau, Sakinah terpaksa berkunjung ke cyber cafe biasa yang kelajuan internetnya tidak memuaskan dan cas penggunaan yang mahal. Ia juga tidak selesa kerana bising dan dipenuhi kanak-kanak yang bermain permainan computer.

Selepas kewujudan PI Pekan Batu Kurau, beliau mendapat lebih banyak peluang dan kelebihan ini kerana PI mengenakan cas penggunaan yang berpatutan ditambah kelajuan internet yang tinggi serta menawarkan perkhidmatan lengkap seperti printing, fotostat, scanning, laminate dan lain-lain lagi. Secara tidak langsung, kemudahan yang disediakan mampu membantu sedikit sebanyak untuk beliau melakukan promosi, berbalas mesej di facebook dan melakukan "online banking" dengan lebih mudah dan cepat.