Mukim Batu Kurau di tadbir urus oleh Pentadbiran Pejabat Penghulu Mukim dan dibawah penyeliaan pengurusan Pejabat Daerah Larut Matang & Selama.  Pejabat Penghulu terletak di persimpangan Jalan Besar/Jalan Kg. Perak , Pekan Batu Kurau. Kakitangan pejabat adalah seperti berikut: -

Ø  Penghulu 1      -  Encik Mohamat Nawawi b. Mohd Noor  (mulai 16.12.2011)
Ø  Penghulu 2      -  TIADA
Ø  Kerani Penghulu - Encik Ali Bin Johari

Pentadbiran mukim ini juga mentadbir 22 pentadbiran Ketua Kampung beserta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong (JKKK) .


************************************************************************************************
************************************************************************************************

 
Pentadbiran Wakil Rakyat

Mukim Batu Kurau adalah tertakluk dalam Kawasan Parlimen Larut (P.056) dan dibawah Kawasan dua (2) Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Batu Kurau (N.7) dan Kubu Gajah (N.6).  Wakil Rakyat terkini yang mewakilinya ialah: -

Ø  Ahli Parlimen  (PRU 2008 & 2013 )    -  YB. Dato Hamzah b. Zainuddin (BN)
Ø  ADUN Batu Kurau  (PRU 2013)         -  YB. Dr. Mohd Amin b. Zakaria (BN)
Ø  ADUN Kubu Gajah (PRU 2013)         -  YB. En. Hasbullah b. Elias  (BN) 

Agihan persempadanan Pentadbiran Ketua Kampung/JKKK yang  termasuk dalam Kawasan-Kawasan DUN adalah seperti berikut: -

Ø  DUN Batu Kurau         -  19 JKKK      
Ø  DUN Kubu Gajah        -   3 JKKK