SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB
PUSAT INTERNET PEKAN BATU KURAU
Apa itu Pusat Internet & Objektifnya?
Pusat Internet Malaysia merupakan satu program di mana pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyediakan capaian internet jalur lebar secara kolektif. Program ini dibiayai dari dana Pemberian Perkhidmatan Sejagat ( Universal Service Provision) selama 3 tahun. Pemilihan lokasi PI adalah berdasarkan kepada tinjauan dan lawatan tapak mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh SKMM dan dengan kerjasama agensi Kerajaan Pusat dan Negeri yang berkaitan. Perkhidmatan yang disediakan adalah capaian internet jalur lebar, perkhidmatan wifi bagi capaian penduduk sekitar, kemudahan IT terkini seperti 20 buah komputer dan perisian, pencetak, program latihan ICT dan pembangunan modal insan dan aktiviti berkaitan yang akan diuruskan oleh Pengurus dan Penolong Pengurus PI. Penggunaan PI adalah terbuka kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira usia. Pengguna digalakkan untuk mendaftar sebagai ahli PI bagi menikmati kadar yang lebih murah bagi setiap kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan.
Perkhidmatan yang ditawarkan:
- Pinjaman netbook percuma kepada ahli
- Printing service.
- Fotostat
- Scanning
Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Portal: http://pekanbatukurau.pjk.com.my/
PUSAT INTERNET BATU KURAU
DEWAN JKKK BATU 15,
PEKAN BATU KURAU,
34500 BATU KURAU,
PERAK DARUL RIDZUAN.
PENGURUS : SITI NUR AFNI BINTI TAZIDIN
NO. TELEFON : 019 5747362
PENOLONG PENGURUS : SITI SALEHA BINTI ZAINUDIN
NO. TELEFON : 016 4475372