Majalah Dewan Pelajar Edisi April dan Mei 2016 berjaya menarik minat pelbagai pihak, khasnya rakan sinergi Santai Seni Bacaton, untuk menganjurkan program persuratan yang bertemakan Tautan Kasih Semarak Ilmu di Sekolah Kebangsaan Toh Sajak, Batu Kurau.

Majlis perasmian Bengkel Penulisan dan Pembugaran Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) disempurnakan oleh Dato' Dr. Muhammad Amin Zakaria, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau, Perak, merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kurau pada 27 Mei 2016. Turut hadir, Guru Besar SK Toh Sajak, En. Arshad Abd Wahad. Penganjur juga mengundang wakil guru dan pelajar daripada 18 buah sekolah rendah, di samping 159 orang pelajar tahap dua SK Toh Sajak.

Majlis turut diserikan dengan segmen Bicara Tokoh oleh Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak, dan segmen pameran buku oleh Mobile Book Cafe (MBC), Perak. Penganjur berharap untuk menarik lebih banyak penyertaan penerbit buku dan penulis di lokasi yang akan dikunjungi oleh Santai Seni Bacaton bersama-sama Ujana Buku Dewan Bahasa dan Pustaka dalam usaha meningkatkan kesedaran dalam komuniti tentang perkembangan industri buku dan multimedia.

                                       Dato' Dr. Muhammad Amin Zakaria merasmikan Bengkel Penulisan dan Pembugaran NILAM

 

                                                                    Keceriaan  tetamu dan peserta bengkel

 

 

Pelajar teruja dengan kandunga Dewan Pelajar

 

 

SUMBER DEWAN PELAJAR EDISI JULAI 2016