Program UAT bersama Telekom Malaysia (TM) di Pusat Internet 1 Malaysia Pekan Batu Kurau telah dijalankan pada 28 April 2015, dari 10.00 a.m sehingga 12.00 pm. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk mendapatkan kelulusan dari pihak Telekom Malaysia (TM) untuk menjalankan UAT bersama SKMM.

Antara tetamu utama yang hadir ialah TM SNS dan MSD. Tetamu utama yang hadir ialah En. Muhammad Akmal Kamaruddin. Aktiviti utama yang dijalankan semasa program ini adalah memeriksa bangunan dan peralatan di pusat internet.

Antara pegawai lain yang turut hadir semasa aktiviti ini dijalankan ialah En Mohd Azrul (MSD), En. Noorasmadi (IT SERVICES), En. Faizal (EMPIRE SCOPE), dan En. Zaidi (EMPIRE SCOPE). Program ini telah berjalan lancar mendapat perhatian baik dari semua pihak. 

           

          Pada 12 May 2015, UAT dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah dijalankan di Pusat Internet Malaysia Pekan Batu Kurau. Aktiviti ini telah melibatkan beberapa pihak iaitu MCMC Perak, TM SNS dan MSD. Tetamu yang hadir ialah En Mohhamad Fisol Abdul Rahman, En Muhammad Akmal Kamaruddin dan En Nik Mohd Nasir. Selain itu, staf lain yang ikut turut serta untuk menjayakan aktiviti ini ialah En. Mohamad Azrul (MSD), En. Norasmadi (IT SERVICES), En. Faizal (Empire Scope) dan En. Zaidi (Empire Scope). Tujuan UAT ini dijalankan adalah untuk menjalankan pemeriksaan peralatan, bangunan, kelajuan internet dan kebersihan di Pusat Internet. Setelah menjalankan UAT ini, PI1M Pekan Batu Kurau telah dilluluskan untuk beroperasi.