Tarikh            : 5 April 2019

Masa              : 2.30 petang - 4.30 petang

Lokasi            : Pusat Internet Batu Kurau

Peserta          : 3 orang

 

 

Tujuan

Kelas ini adakan adalah untuk membantu pelajar Tingkatan 1 bagi menyiapkan tugasan folio mereka bagi subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dengan menggunakan Microsoft Powerpoint.

Aktiviti

Petugas menerangkan cara menggunakan Microsoft Powerpoint dengan betul. Selepas itu, setiap pelajar membuat tugasan folio mereka dengan bantuan dan pemantauan petugas Pusat Internet Batu Kurau. 

 

Gambar di sini

Tarikh            : 15 Mac 2019

Masa              : 2.30 petang - 4.30 petang

Lokasi            : Pusat Internet Batu Kurau

Peserta          : 2 orang

 

 

Tujuan

Kelas Ulangkaji Sains ini diadakan adalah untuk membantu pelajar Tingkatan 3 mengulangkaji matapelajaran Sains Tingkatan 1 sebagai persediaan menghadapi PT3.

Aktiviti

Petugas menyediakan soalan Sains Tingkatan 1 dan setiap pelajar perlu menjawab soalan yang diberi dengan bimbingan petugas.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 9 Mac 2019

Masa              : 2.30 petang - 4.30 petang

Lokasi            : Pusat Internet Batu Kurau

Peserta          : 3 orang

 

 

Tujuan

Buku log badan beruniform merupakan sebuah buku catatan kokurikulum untuk mendidik pelajar supaya berupaya mencatat setiap aktiviti yang telah disertai dalam pasukan beruniform selain dijadikan sebagai buku panduan penilaian prestasi pelajar di dalam kokurikulum. Oleh itu, petugas Pusat Internet Batu Kurau mengambil inisiatif untuk membantu pelajar mencari maklumat untuk diisi ke dalam buku log tersebut dengan menggunakan internet dan Microsoft Word.

Aktiviti

Petugas membantu pelajar menggunakan internet dan Microsoft Word untuk mencari maklumat dengan betul.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 10 Mac 2019

Masa              : 10.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi            : Pusat Internet Batu Kurau

Peserta          : 2 orang

 

Tujuan

Kelas Bahasa Inggeris ini diadakan adalah untuk membantu murid pemulihan dari SK Batu Kurau untuk membaca dan mengenal nombor dalam Bahasa Inggeris. Petugas menggunakan medium youtube untuk mempelbagaikan teknik membaca dan menarik minat murid.

Aktiviti

Petugas menayangkan video dan audio dari Youtube yang berkonsepkan nombor dalam Bahasa Inggeris. Kemudian, murid dikehendaki mengikut audio tersebut. Audio diulang berkali-kali bagi memastikan pelajar boleh menyebut dengan betul.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 23 Mac 2019

Masa              : 10.30 pagi - 12.30 tengahari

Lokasi            : Pusat Internet Batu Kurau

Peserta          : 1 orang

 

 

Tujuan

Bengkel resume ini diadakan adalah untuk membantu komuniti setempat untuk menghasilkan resume sendiri dengan format yang betul bagi menarik minat majikan dalam permohonan sesuatu pekerjaan.

Aktiviti

Petugas memberikan sedikit penerangan format resume yang betul sebelum sesi praktikal dijalankan untuk menguji tahap kefahaman para peserta.

 

Gambar di sini