Tarikh            : 16 Februari 2019

Masa              : 9.30 pagi - 4.30 petang

Lokasi            : Pusat Internet Malaysia Batu Kurau

Peserta          : 10 orang

 

Tujuan

Kelas e-usahawan ini merupakan salah satu inisiatif Pusat Internet Malaysia Batu Kurau untuk memberi bimbingan kepada para usahawan kecil mengembangkan produk mereka dengan menggunakan sosial media yang terkini seperti Facebook, Instagram, Website dan Blog. Selain itu juga, para usahawan diajar cara untuk membina ayat memujuk untuk menarik minat pembeli untuk membeli barangan mereka.

Aktiviti

Kelas ini dibimbing oleh Puan Imma (PID Kuala Kurau) dan Puan Ija (PID Balik Pulau) sebagai tenaga pengajar yang diiktiraf oleh MDEC dan dibantu oleh Pengurus PIM Batu Kurau untuk melatih para usahawan online.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 12 Februari 2019

Masa              : 9.30 pagi - 12.30 tengahari

Lokasi            : Pusat Internet Malaysia Batu Kurau

Peserta          : 1 orang

 

Tujuan

Kelas ini diadakan bagi membantu pengerusi-pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) bagi kumpulan 3 menggunakan komputer dengan cekap dan mahir. Selain itu, kelas ini juga melatih mereka supaya mampu membuat surat rasmi sendiri mengikut format yang betul, mengetahui cara untuk mencetak dokumen dan menyimpan dokumen.

Aktiviti

Pengerusi MPKK diajar untuk mengenali papan kekunci terlebih dahulu sebelum memulakan kelas. Mereka juga diajar cara untuk menggunakan Microsoft Word 2010 untuk membuat surat rasmi dengan betul.

 

Gambar di sini

 

Tarikh            : 8 Februari 2019

Masa              : 9.30 pagi - 12.30 tengahari

Lokasi            : Pusat Internet Malaysia Batu Kurau

Peserta          : 3 orang

 

Tujuan

Pengerusi MPKK diajar untuk mengenali papan kekunci terlebih dahulu sebelum memulakan kelas. Mereka juga diajar cara untuk menggunakan komputer seperti cara untuk menyimpan dokumen dan sebagainya.

 

Aktiviti

Pengerusi MPKK diajar untuk mengenali papan kekunci terlebih dahulu sebelum memulakan kelas. Mereka juga diajar cara untuk menggunakan Microsoft Word 2010 untuk membuat surat rasmi dengan betul.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 14 Februari 2019

Masa              : 2.30 petang - 4.30 petang

Lokasi            : Pusat Internet Malaysia Batu Kurau

Peserta          : 2 orang

 

Tujuan

Kelas ini diadakan adalah bertujuan untuk membantu para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan PT3 untuk mengulangkaji matapelajaran Sains sebagai persediaan awal untuk menghadapi peperiksaan tersebut.

Aktiviti

Para pelajar diberikan beberapa soalan percubaan PT3 dari Sekolah Berasrama Penuh (SBP) sebagai bahan ulangkaji.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 4 Februari 2019

Masa              : 2.30 petang - 4.30 petang

Lokasi            : Pusat Internet Malaysia Batu Kurau

Peserta          : 4 orang

 

Tujuan

Aktiviti ini diadakan adalah untuk melatih minda dan mata para pelajar supaya melihat, mengingat dan mampu menyusun kembali kepingan-kepingan gambar agar menjadi sekeping gambar yang sempurna.

Aktiviti

Pelajar diminta membuka laman web Jigsaw Planet dan menyelesaikan susun atur gambar berkenaan.

 

Gambar di sini