Tarikh            : 1 Februari 2019

Masa              : 9.30 pagi - 12.30 tengahari

Lokasi            : Pusat Internet Malaysia Batu Kurau

Peserta          : 5 orang

 

Tujuan

Kelas ini diadakan bagi membantu pengerusi-pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) menggunakan komputer dengan cekap dan mahir. Selain itu, kelas ini juga melatih mereka supaya mampu membuat surat rasmi sendiri mengikut format yang betul, mengetahui cara untuk mencetak dokumen dan menyimpan dokumen.

Aktiviti

Pengerusi MPKK diajar untuk mengenali papan kekunci terlebih dahulu sebelum memulakan kelas. Mereka juga diajar cara untuk menggunakan Microsoft Word 2010 untuk membuat surat rasmi dengan betul.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 27 Januari 2019

Masa              : 2.30 petang - 4.30 petang

Lokasi            : Pusat Internet Malaysia Batu Kurau

Peserta          : 3 orang

 

Tujuan

Aquabot Science merupakan permainan yang berkonsepkan pembelajaran yang menekankan elemen yang terdapat dalam Sains dan Teknologi seperti tekanan, terapung, mesin, dan lain-lain lagi.

Aktiviti

Setiap pelajar dikehendaki membuka laman web aquabot science untuk memulakan permainan. Pelajar perlu mencipta bot yang boleh terapung dan tahan lasak agar tidak tenggelam di dalam air.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 25 Januari 2019

Masa              : 2.30 petang - 4.30 petang

Lokasi            : Pusat Internet Malaysia Batu Kurau

Peserta          : 11 orang

 

Tujuan

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk menambah pengetahuan para pelajar mengenai peribahasa yang kian dilupakan oleh golongan muda kini.

Aktiviti

Pelajar perlu memasukkan nombor pin permainan dalam laman web Kahoot masing-masing. Kemudian soalan akan dipaparkan di skrin utama.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 26 Januari 2019

Masa              : 9.30 pagi - 11.30 pagi

Lokasi            : Pusat Internet Malaysia Batu Kurau

Peserta          : 1 orang

 

Tujuan

Kelas ini bertujuan untuk membantu para usahawan untuk menggunakan My Shop sebagai medium untuk mengiklankan produk mereka untuk diperluaskan kepada komuniti setempat.

Aktiviti

Usahawan diajar cara untuk memuatnaik produk mereka ke dalam MyShop.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 23 Januari 2019

Masa              : 2.30 petang - 4.30 petang

Lokasi            : Pusat Internet Malaysia Batu Kurau

Peserta          : 1 orang

 

Tujuan

Microsoft Word merupakan salah aplikasi yang terkandung di dalam Microsoft Office sebagai salah satu medium pengolah kata yang diguna pakai oleh pelbagai golongan masyarakat untuk memudahkan kerja seharian. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk membantu pelajar menggunakan Microsoft Word untuk membuat kerja sekolah yang telah diberikan oleh guru di sekolah.

Aktiviti

Petugas menerangkan serba sedikit mengenai Microsoft Word dan cara penggunaan yang betul.

 

Gambar di sini