Tarikh            : 17 Januari 2019

Masa              : 2.30 petang - 4.30 petang

Lokasi            : Pusat Internet Malaysia Batu Kurau

Peserta          : 1 orang

 

Tujuan

Microsoft Powerpoint merupakan aplikasi yang terdapat di dalam Microsoft Powerpoint yang juga dijadikan sebagai medium untuk membuat persediaan untuk pembentangan, poster, dan lain-lain lagi.

Aktiviti

Petugas menerangkan tentang peralatan yang disediakan di dalam aplikasi tersebut dan cara menggunakannya dengan betul.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 12 Januari 2019

Masa              : 2.30 petang - 4.30 petang

Lokasi            : Pusat Internet Malaysia Batu Kurau

Peserta          : 11 orang

 

 

Tujuan

Charades game ini merupakan permainan ‘miming’ atau ‘tiru aksi’ yang boleh membantu perkembangan minda para peserta di samping dapat membina sikap kerja secara berkumpulan yang lebih positif dan effektif.

Aktiviti

Peserta dibahagikan kepada 2 kumpulan A dan B. Seorang peserta akan keluar ke depan dan meneka gaya yang dibuat oleh ahli kumpulan yang lain.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 5 Januari 2019

Masa              : 2.30 petang - 4.30 petang

Lokasi            : Pusat Internet Malaysia Batu Kurau

Peserta          : 11 orang

 

Tujuan

Easy English merupakan laman web E-pembelajaran untuk mengulangkaji penggunaan Bahasa Inggeris.

Aktiviti

Pelajar diminta membuka laman web https://www.easyenglish.com/. Setiap peserta akan menjawab soalan yang disediakan di dalam laman web tersebut.  Para pelajar belajar memahami ayat pendek dalam Bahasa Inggeris dan menggunakan tatabahasa yang betul untuk diisi ditempat kosong.

 

Gambar di sini

 

 

Tarikh            : 6 Januari 2019

Masa              : 10.30 pagi - 12.30 tengahari

Lokasi            : Pusat Internet Malaysia Batu Kurau

Peserta          : 8 orang

 

Tujuan

Collage Maker merupakan aplikasi atas talian yang digunakan untuk menjadikan sebuah foto menjadi lebih menarik dengan menggunakan peralatan yang terdapat di dalam aplikasi tersebut tanpa mempunyai kebolehan dan pengetahuan dalam bidang grafik. Aktiviti ini merupakan aktiviti yang dapat menguji tahap kreativiti para peserta.

Aktiviti

Setiap peserta diberikan sedikit penerangan tentang cara untuk menggunakan aplikasi tersebut. Selepas itu, mereka dikehendaki mengedit gambar dengan menggunakan kreativiti masing-masing.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 28 November 2018

Masa              : 9.00 pagi - 12.30 tengahari

Lokasi            : Pusat Internet Malaysia Batu Kurau

Peserta          : 52 orang

 

Tujuan  

Kebaikan aktiviti ini adalah warga emas khususnya boleh memeriksa kesihatan mereka dengan lebih mudah tanpa perlu menunggu lama.

Aktiviti

Aktiviti saringan kesihatan ini dimulai pada jam 9.00 pagi sehingga 12.30 tengahari. Saringan kesihatan ini dijalankan oleh 2 orang petugas PI kepada komuniti setempat. Seramai 52 orang peserta telah berjaya melengkapkan saringan kesihatan secara percuma itu.

 

Gambar di sini