Tarikh            : 17 Mac 2019

Masa              : 2.30 petang - 4.30 petang

Lokasi            : Pusat Internet Batu Kurau

Peserta          : 1 orang

 

Tujuan

Adobe Photoshop adalah salah satu aplikasi untuk mengedit gambar atau grafik untuk mendapat hasil yang dikehendaki dan lebih menarik. Pada zaman kini, kemahiran menggunakan adobe photoshop ini menjadi satu keperluan yang wajib ada pada setiap orang terutama dalam kalangan belia untuk menghadapi persaingan di alam pekerjaan.

Aktiviti

Petugas menerangkan fungsi dan cara setiap 'tool' yang terdapat di dalam adobe photoshop (asas). Selepas itu, setiap pelajar dikehendaki menghasilkan sebuah poster mengikut kreativiti masing-masing.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 16 Mac 2019

Masa              : 10.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi            : Pusat Internet Batu Kurau

Peserta          : 2 orang

 

Tujuan

Kelas keusahawanan ini adalah inisiatif petugas Pusat Internet Batu Kurau untuk membantu para usahawan kecil di Batu Kurau untuk mempertingkatkan ilmu keusahawanan dan hasil jualan produk mereka supaya lebih berdaya saing terutamanya dalam penggunaan ICT. Kali ini, petugas memberi fokus kepada cara pengiklanan dan promosi dengan membuat poster yang menarik dengan menggunakan Canva.com.

Aktiviti

Petugas memberikan sedikit penerangan cara menggunakan Canva.com untuk menghasilkan poster yang menarik. Setiap usahawan diberi peluang untuk menghasilkan poster mengikut citarasa dan kreativiti masing-masing.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 1 Mac 2019

Masa              : 3.00 petang - 5.00 petang

Lokasi            : Pusat Internet Batu Kurau

Peserta          : 2 orang

 

Tujuan

Kelas Asas Microsoft Word ini diadakan bagi membantu pelajar untuk menggunakan Microsoft Word secara asas agar para pelajar dapat menggunakan kemahiran tersebut pada masa hadapan.

Aktiviti

Pelajar diajar cara untuk menggunakan Microsoft Word dan memahami beberapa fungsi yang mereka kurang jelas penggunaannya.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 6 Mac 2019

Masa              : 10.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi            : Perpustakaan Desa Kampung Sungai Ara

Peserta          : 24 orang

 

Tujuan

Quiver Vision 3D merupakan aplikasi yang digunakan untuk menghasilkan animasi 3D yang bergerak terhasil daripada sehelai kertas dengan menggunakan telefon pintar. Aktiviti ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar pra sekolah mengenai ict dengan pendekatan yang lebih menarik bagi meningkatkan daya kreativiti setiap pelajar.

Aktiviti

Setiap murid diberikan sehelai kertas yang mempunyai pelbagai gambar untuk diwarnakan. Setiap gambar itu akan diimbas menggunakan aplikasi Quiver. Objek di dalam gambar itu akan bergerak mengikut aksi yang terdapat di dalam gambar tersebut.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 15 Februari 2019

Masa              : 2.30 petang - 4.30 petang

Lokasi            : Pusat Internet Malaysia Batu Kurau

Peserta          : 3 orang

 

Tujuan

Kelas Microsoft Word ini diadakan bagi membantu pelajar untuk menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru di sekolah. Pada kali ini, petugas membantu pelajar cara membina jadual dengan menggunakan Microsoft Word dengan betul.

Aktiviti

Petugas membantu para pelajar membuat jadual menggunakan Microsoft Word.

 

Gambar di sini