Tarikh            : 25 November 2018

Masa              : 2.30 petang - 4.30 petang

Lokasi            : Pusat Internet Malaysia Batu Kurau

Peserta          : 6 orang

 

 

Tujuan  

Dashboard Komuniti (DK) adalah aplikasi yang dibina khas untuk kegunaan komuniti setempat di sekitar Pusat Internet Malaysia diseluruh Malaysia dibawah inisiatif pihak Telekom Malaysia yang boleh dimuat turun di dalam 'Google playstore'. Selain itu, bagi meningkatkan penggunaan dashboard komuniti ini, pelbagai kuiz telah dianjurkan dan banyak hadiah-hadiah yang menarik telah disediakan untuk pemenang-pemenang yang bertuah.

Aktiviti

Peserta perlu menjawab soalan-soalan yang terdapat pada aplikasi dashboard komuniti dengan tepat.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 24 November 2018

Masa              : 2.30 petang - 4.30 petang

Lokasi            : Pusat Internet Malaysia Batu Kurau

Peserta          : 9 orang

 

 

Tujuan  

Kempen 'Mobile E-waste' merupakan kempen yang julung kalinya diadakan oleh pihak MCMC bagi memberikan kesedaran dan mendidik komuniti tentang pentingnya mengitar semula e-sisa mudah alih untuk menjaminkan kehidupan yang bebas daripada penyakit dan pencemaran alam sekitar. Kempen ini juga diadakan adalah untuk menghebahkan kepada komuniti tentang fungsi Pusat Internet Malaysia Batu Kurau sebagai pusat sehenti untuk pengumpulan e-sisa mudah alih termasuklah telefon bimbit, alat pengecas peranti dan lain-lain.

Aktiviti

Petugas menayangkan beberapa buah video yang berkaitan e-sisa mudah alih. Selepas itu, setiap peserta diberikan beberapa soalan oleh petugas untuk menguji tahap kefahaman peserta mengenai tajuk yang dibincangkan.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 17 November 2018

Masa              : 10.30 pagi - 12.30 petang

Lokasi            : Pusat Internet Malaysia Batu Kurau

Peserta          : 9 orang

 

 

Tujuan  

Kempen 'Check Your Mobile' merupakan kempen untuk mendidik dan mewujudkan kesedaran di kalangan pengguna tentang pentingnya membeli peralatan komunikasi (terutamanya peranti mudah alih) yang mempunyai label MCMC yang sah.

Aktiviti

Petugas menerangkan sedikit perkara mengenai kepentingan membeli peralatan komunikasi yang mempunyai label MCMC. Selain itu, para peserta diajar bagaimana cara memuat turun aplikasi 'Check Your Label' untuk memeriksa label MCMC pada peralatan komunikasi.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 18 November 2018

Masa              : 10.30 pagi - 12.30 petang

Lokasi            : Pusat Internet Malaysia Batu Kurau

Peserta          : 7 orang

 

 

Tujuan  

Kuiz Maulidur Rasul ini diadakan bagi menguji tahap pengetahuan para peserta mengenai sejarah hidup Nabi Muhammad SAW bersempena memperingati hari kelahiran baginda pada 12 Rabiulawal. Di samping itu, para peserta juga dapat menerapkan sifat-sifat yang mulia ke dalam diri dan menjadikan Rasulullah SAW sebagai contoh teladan sepanjang kehidupan kelak.

Aktiviti

Petugas menayangkan video mengenai kelahiran Rasulullah dan para peserta perlu menjawab soalan yang diberikan oleh petugas. Jawapan perlu dimasukkan ke dalam MyKomuniti untuk disemak oleh petugas.

Gambar di sini

Tarikh            : 11 November 2018

Masa              : 2.30 petang - 4.30 petang

Lokasi            : Pusat Internet Malaysia Batu Kurau

Peserta          : 8 orang

 

 

Tujuan  

Aktiviti 'Do It Yourself' atau dikenali sebagai D.I.Y. ini merupakan aktiviti yang menggunakan daya kreativiti seseorang untuk mencipta, membina atau membaiki sesuatu barang tanpa memerlukan kemahiran profesional yang tinggi. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah bagi mengasah bakat dan kreativiti para peserta untuk menghias cawan menjadi lebih menarik.

Aktiviti

Para pelajar dikehendaki menghias cawan dengan menggunakan bahan yang telah disediakan oleh petugas.

 

Gambar di sini