Tarikh            : 10 November 2018

Masa              : 2.30 petang - 4.30 petang

Lokasi            : Pusat Internet Malaysia Batu Kurau

Peserta          : 6 orang

 

Tujuan  

Tayangan video animasi ini adalah salah satu cara pembelajaran yang kreatif dan interaktif yang digunakan oleh para guru di sekolah untuk menarik minat para pelajar untuk mempelajari bahasa Inggeris dengan lebih efektif. Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah bagi meningkatkan penggunaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar dengan cara yang menarik dan tidak membosankan.

Aktiviti

Petugas menayangkan sebuah video animasi bahasa Inggeris kepada semua pelajar.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 7 November 2018

Masa              : 2.30 petang - 4.30 petang

Lokasi            : Pusat Internet Malaysia Batu Kurau

Peserta          : 4 orang

 

 

Tujuan  

3D colouring ini merupakan aktiviti 'digital classroom' yang menjadi pilihan para guru sebagai medium pembelajaran di dalam kelas. Dengan menggunakan applikasi Quiver melalui imbasan telefon pintar, para peserta dapat melihat kertas yang diwarna menghasilkan efek animasi 3D. Secara tidak langsung, para peserta dapat meningkatkan daya kreativiti masing-masing dengan aktiviti yang menarik seperti ini.

Aktiviti

Para pelajar diberikan sehelai kertas untuk mewarna gambar yang di download dari laman web Quiver. Selepas itu, gambar tersebut akan di scan menggunakan apps Quiver. Dan akan terhasil gambar 3D dari kertas berkenaan.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 31 Oktober 2018

Masa              : 2.30 petang - 4.30 petang

Lokasi            : Pusat Internet Malaysia Batu Kurau

Peserta          : 6 orang

 

 

Tujuan  

Sebenarnya.My merupakan portal rasmi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) yang bertujuan untuk menjadi rujukan rakyat di Malaysia untuk mengenal pasti mengenai kesahihan sesuatu berita sebelum dikongsikan atau disebarkan. Oleh kerana itu, petugas di Pusat Internet Batu Kurau mengambil inisiatif untuk memperkenalkan portal tersebut untuk membantu masyarakat sekeliling lebih peka dengan kesahihan sesuatu berita.

Aktiviti

Petugas memberikan sedikit penerangan mengenai portal Sebenarnya.My serta mengajar peserta cara untuk menggunakan portal tersebut untuk mencari atau menyalurkan maklumat yang sahih kepada pihak MCMC.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 5 November 2018

Masa              : 2.30 petang - 4.30 petang

Lokasi            : Pusat Internet Malaysia Batu Kurau

Peserta          : 4 orang

 

 

Tujuan  

Hari Deepavali merupakan perayaan yang diraikan oleh setiap penganut yang beragama Hindu di seluruh dunia. Di Malaysia, meskipun mempunyai pelbagai kaum dan berbagai agama, setiap masyarakat mengamalkan gaya hidup harmoni dan saling hormat- menghormati antara satu sama lain sebagai warganegara Malaysia. Oleh itu, aktiviti ini adalah bertujuan untuk menunjukkan rasa hormat terhadap penganut beragama Hindu bagi mengeratkan keharmonian dalam masyarakat di Malaysia.

Aktiviti

Para peserta perlu membuatkan sekeping kad ucapan Deepavali seperti diterangkan oleh petugas.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 30 Oktober 2018

Masa              : 2.30 petang - 4.30 petang

Lokasi            : Pusat Internet Malaysia Batu Kurau

Peserta          : 6 orang

 

 

Tujuan  

Kelas 'Pixel Art' merupakan seni digital untuk menyunting imej pada tahap pixel dengan menggunakan software. Kali ini, pelajar diajar asas untuk membuat pixel art dengan menggunakan Microsoft Excel.

Aktiviti

Setiap peserta diberikan sedikit penerangan dan ditunjukkan cara-cara untuk membuat pixel art dengan menggunakan Microsoft Excel. Selepas itu, pelajar perlu mencari gambar yang diminati dan mereka dikehendaki menyiapkan pixel art masing-masing seperti apa yang ditujukkan oleh petugas.

 

Gambar di sini