USAHAWAN IKAN PEKASAM

Nama : Shamsinar Bt Mohamed Satu
Umur : 46 tahun
Ahli : 2018

Latar belakang

Puan Shamsinar merupakan usahawan kecil Batu Kurau yang menjadikan ikan pekasam sebagai produk utama beliau. Beliau telah memasarkan ikan pekasam dan ikan kering secara kecil-kecilan di pasar pagi dan sekitar Kampung Pondok Tanjung.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM200 RM300 sahaja sebulan. Jumlah pelanggan juga terhad hanya sekitar tempat tinggal beliau sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas melalui kelas keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Pekan Batu Kurau, beliau kini mampu mempunyai Facebook sendiri dan mampu untuk mempromosikan bisnes beliau secara online. Pelanggan beliau kini tidak terhad hanya penduduk kampung sekitar rumah beliau namun kian meluas di seluruh Malaysia. Pendapatan beliau kini boleh mencecah RM500 – RM1000 bergantung kepada musim-musim perayaan. 

shamsinar1

shamsinar2


 

PERKHIDMATAN DAN PEMBELAJARAN ICT

Nama : Muhammad Amirul Amin B Ahmad Zaini
Umur : 14 tahun
Ahli : 2015

Latar belakang

Amirul Amin adalah pelajar tingkatan 2 Sekolah Menengah Agama Syubaniyah dan merupakan salah seorang ahli yang aktif di Pusat Internet Pekan Batu Kurau. Beliau selalu mengikuti kelas yang dijalankan oleh petugas pada setiap hujung minggu.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum kewujudan Pusat Internet Batu Kurau, beliau sering membuang masa ke cyber café yang berhampiran untuk melayan permainan game atau menonton video di Youtube.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas menjadi ahli di Pusat Internet Batu Kurau, beliau telah memanfaatkan kemudahan yang ada di Pusat Internet dengan mengikuti kelas-kelas yang dianjurkan. Selain itu, beliau sudah mahir menggunakan powerpoint untuk membuat pembentangan di sekolah. Pada bulan Ogos 2018, beliau telah mendapat bimbingan daripada pihak PI Batu Kurau untuk menghasilkan sebuah video tokoh kemerdekaan bersempena Hari Kemerdekaan dengan menggunakan Powtoon. Beliau telah memenangi tempat pertama di dalam pertandingan tersebut.

 amin

amin2


 

 

Nama Hamid Bin Jani
Umur : 80 tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Encik Hamid yang telah dilahirkan pada 10 Ogos 1938 dan kini berusia 80 tahun telah menjalankan perniagaan pembuatan golok dan sarong hampir 20 tahun. Beliau  menjalankan pembuatan sarong berkenaan berdekatan rumahnya.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menggunakan kemudahan ICT, pakcik Hamid hanya menerima tempahan daripada kawan-kawan beliau sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penggunakan ICT, pak cik Hamid boleh memasarkan dan menerima tempahan sarong golok dengan lebih meluas. 

HAMID

 HAMID2

HAMID3


 

USAHAWAN IKAN, AYAM DAN DAGING PEKASAM

Nama : Noor Azura Bt Mat Zain
Umur : 45 tahun
Ahli : 2015

 

Latar belakang

Puan Zura merupakan pembekal ikan, ayam, dan daging pekasam secara kecil-kecilan dirumahnya. Setelah perniagaan beliau semakin berkembang, beliau membuat keputusan untuk membuka premis di Arena Square Batu Kurau. Beliau menubuhkan syarikat dengan diberi nama Zura Noor dan kini produk beliau sedang hangat dipasaran dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan di seluruh negara.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya RM300 – RM500 . Jumlah ikan pekasam yang terjual juga mengikut musim-musim seperti perayaan dan kenduri- kendara.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas beliau mengikuti kelas dan promosi yang dijalankan oleh Pusat Internet Pekan Batu Kurau, beliau kini semakin pandai mengurus dan mengambil order secara online melalui whatsapp dan Facebook peribadi miliknya. Kini, pelanggan beliau datang dari pelbagai negeri di seluruh Malaysia. Pendapatan bulanan beliau kini mampu mencecah RM1000 – RM2000 sebulan.

zura1 

zura2

zura3

zura4

zura5


 

USAHAWAN ROTI, KEK DAN PASTRY

Nama Nuraziah Binti Mohamad
Umur : 32 tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Puan Nuraziah menjalankan perniagaan pembuatan kek, cookies, roti, pastry  dan menerima tempahan untuk pelbagai majlis. Beliau turut membuat biskut raya menjelang lebaran. Bermula pada tahun 2012, Puan Nuraziah telah memulakan perniagaan secara kecil-kecilan di rumahnya. Kini beliau telah mempunya kedai yang diberi nama Azie’s Delight Bakery yang terletak di tepi jalan besar Batu Kurau yang berhadapan Sekolah Rendah Kebangsaan Batu Kurau.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menggunakan kemudahan ICT, beliau hanya dapat memasarkan di dalam kawasan Batu Kurau dan produknya hanya terhad kepada beberapa tempatan sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penggunakan ICT, perniagaan beliau semakin berkembang. Beliau mampu memasarkan produk beliau dengan menggunakan Facebook Page dan menerima order melalui aplikasi whatsapp. Selain itu, beliau juga mempunyai agen biskut raya apabila tibanya musim perayaan.

 23622079 1337642393031868 3622280546270065933 n

Choc-moist-1kg

Dayang-senandung