KELAS PEMBELAJARAN DAN ICT (MASALAH PEMBELAJARAN SEDERHANA)

Nama Muhd Ridzuan B. Ibrahim
Umur : 13 tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Merupakan seorang pelajar pemulihan khas di Sekolah Kebangsaan Toh Sajak. Beliau sedang mengikuti kelas pemulihan kerana masalah pembelajaran yang sederhana.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum mengetahui mengenai kewujudan PI, Ridzuwan tidak pandai untuk menggunakan Microsoft Office dengan cekap. Kekangan wang membataskan diri beliau untuk belajar dengan lebih mendalam di dalam penggunaan ICT.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengetahui kewujudan PI, beliau terus mendaftar menjadi ahli di Pusat Internet Batu Kurau pada 21 Ogos 2017. Di Pusat Internet Batu Kurau beliau diajar untuk menggunakan Microsoft Office dan belajar membaca oleh petugas.

 RIDZUAN

RIDZUAN2


 

USAHAWAN (PENGINAPAN DAN REAKREASI)

Nama Rospawati binti Abdul Hamid
Umur : 38 tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Puan Rospawati menjalankan perniagaan Sempeneh River Front Chalet yang merupakan projek pelancongan Kampung Sempeneh di bawah Kelulusan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Bermula pada 18 Julai 2015, Chalet Sempeneh River Front ini menyediakan 12 buah bilik ekonomi dan 2 bilik VIP. Dengan modal permulaan sebanyak RM20,000.00 Puan Rospawati telah mampu menaikkan industri pelancongan chalet beliau hingga dikenali oleh pelancong luar dari Perak.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menggunakan kemudahan ICT, beliau hanya dapat mempromosikan perniagaan chalet beliau di sekitar Batu Kurau dan Taiping melalui edaran flyers kepada penduduk-penduduk di sini.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penggunakan ICT, perniagaan beliau semakin berkembang. Beliau mampu mempromosikan perniagaan chalet melalui pemasaran secara online seperti “Facebook Page” dan blogspotnya yang menggunakan nama Sempeneh River Front Chalet.

 

SR5

SR7

SR4

Sumber Gambar: Facebook Sempeneh River Front

 


 

KEAHLIAN DAN PERKHIDMATAN DI PUSAT INTERNET 

Nama : Dalilatul Hawa binti Mohd Hashim
Umur : 14 tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Hawa merupakan seorang pelajar Tingakatan 2 SMKA Syubaniyah Batu Kurau dan merupakan anak ketiga dari 5 adik beradik.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum mengenali Pusat Internet, Hawa tidak mampu untuk mencari maklumat tambahan beliau di cybercafe disebabkan perbelanjaan untuk menggunakan perkhidmatan di cybercafe adalah tinggi dan hal ini menyebabkan beliau jauh ketinggalan dalam pembelajaran berbanding rakan-rakannya yang lain.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mendaftar sebagai ahli di PI Pekan Batu Kurau, Hawa dapat mencari maklumat tambahan untuk pembelajaran beliau dengan lebih efektif. Di samping itu, beliau juga dapat menghargai peluang yang ada dengan menggunakan kemudahan dan perkhidmatan yang terdapat di PI dengan lebih baik. Beliau juga merupakan salah seorang ahli yang aktif yang sering menyertai aktivti- aktiviti dan kelas-kelas yang diadakan di PI. Dan sehingga kini, beliau telah mahir menggunakan Microsoft Ofiice bagi menyelesaikan kerja sekolah beliau.

 

hawa

hawa2


 

USAHAWAN (KAWASAN REAKREASI DAN AGROFARM)

Nama : Datuk Khairil Anuar bin Akhiruddin
Umur : 58 tahun
Ahli : 2018

 

Latar belakang

Datuk Khairil Anuar merupakan ahli peniagaan yang berjaya dan dikenali ramai bukan sahaja di Batu Kurau bahkan hampir seluruh Malaysia mengenali beliau dengan sikap yang peramah dan mesra dengan sesiapa sahaja. Tambahan pula, bermula pada 10 Mac 2017, Disiniland dan Agrofarm yang diasaskan oleh beliau telah mula dikenali oleh seluruh Malaysia. Disiniland ini merupakan tempat reakreasi yang berkonsepkan suasana zoo mini dan penginapan yang lebih mesra kepada alam sekitar. Di sini, pengunjung boleh bermanja dengan haiwan-haiwan yang dipelihara seperti kuda, burung unta, burung merpati, ikan, dan lain-lain lagi di samping menyertai pelbagai aktiviti lasak yang telah disediakan untuk para pengunjung.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan PI, pihak Disiniland hanya mempromosi menggunakan medium facebook page sendiri iaitu Disiniland Agrofarm & Resort

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penglibatan pihak PI, Disiniland dipromosikan oleh pihak PI melalui MyShop dan juga diletakkan di dalam portal PI untuk kategori pelancongan.

 

Fb-Page

 

disiniland


 

KELAS DAN AKTIVITI (ICT) DI PI PEKAN BATU KURAU 

Nama : Afzan Hakimi Bin Shahidan
Umur : 13 tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Adik Afzan merupakan seorang pelajar Tingakatan 1 SMK Dato Kamarudin Batu Kurau dan merupakan anak ketiga dari 5 adik beradik.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum mengetahui mengenai kewujudan PI, beliau banyak menghabiskan masa di Cyber Café untuk ingin melayari internet dan juga untuk bermain permainan online game. 

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengetahui kewujudan PI, Afzan banyak menggunakan masa untuk berada di PI untuk membuat kerja-kerja sekolah di samping mengikuti aktiviti-aktiviti dan kelas yang dianjurkan oleh PI Batu Kurau. Kini, masa beliau lebih bermanfaat dengan penglibatan beliau di PI. Di PI, Afzan turut mempelajari mengenai keselamatan menggunakan internet yang betul (Klik Dengan Bijak) di samping mengasah pengetahuan ICT dengan menyertai Kelas Intel Easy Steps yang telah dianjurkan di PI Batu Kurau.

 

afzan1

afzan2