USAHAWAN PENGUSAHA MAKANAN (ROTI & KEK)

Nama : Karida Binti Ramli
Umur : 53 tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Puan Kharida merupakan seorang surirumah sepenuh masa namun aktif menjalankan kelas-kelas masakan bagi menambah pendapatan sekeluarga. Beliau yang berumur 53 tahun merupakan anak jati Ipoh, Perak dan telah berpindah dan menetap di Kampung Changkat Perah, Batu Kurau, Perak.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menggunakan kemudahan ICT, Puan Kharida hanya membuat kelas-kelas masakan di sekitar kawasan rumah beliau dan jiran tetangga. 

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penggunakan ICT, beliau dapat mempromosikan kelas masakan beliau ke kawasan yang lebih jauh seperti Kuala Kangsar, Ipoh, Taiping dan Kamunting dengan menggunakan Facebook Page beliau (Kelas Income Bakery). Puan Kharida menggunakan kemudahan di PI sebagai ahli untuk mencari menu-menu bagi kelas masakan beliau. Selain itu, beliau juga mempelajari cara untuk membuat booklet menu untuk kelas masakan beliau di samping mempelajari cara untuk menggunakan Microsoft Office dengan betul. Pihak PI Batu Kurau juga telah membantu beliau dengan menyediakan tempat untuk beliau mengadakan kelas masakan utntuk masyarakat di sekitar Batu Kurau.

 

karida1

karida2

 


 

USAHAWAN KECIL PENTERNAKAN (KELULUT)

Nama : Haris bin Mahamud
Umur : 49 tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Encik Haris merupakan pengusaha penternakan lebah kelulut di Batu Kurau. Bermula pada tahun 2014, Encik Haris telah menternak dua jenis lebah kelulut iaitu Itama dan Thoracica serta menanam pokok-pokok herba di sekitar kawasan rumahnya bagi mendapatkan madu yang lebih berkhasiat. 

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menggunakan kemudahan ICT, beliau hanya dapat memasarkan produknya di sekitar Batu Kurau dan  terhad kepada beberapa tempat sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penggunakan ICT, perniagaan beliau semakin berkembang bukan sahaja dari Batu Kurau, malah produk beliau juga sudah berjaya melangkaui negeri Perak.  Beliau mampu memasarkan produk beliau dengan menggunakan Facebook Page (Kelulut House) dan menerima order melalui aplikasi whatsapp. Beliau juga diberi penghormatan untuk memberi ceramah sempena program 'KelulutPreneur' di Universiti Malaysia Terengganu pada 14 Oktober 2017. Selain itu, dengan melibatkan diri di PI Pekan Batu Kurau, beliau dibantu untuk mempromosikan produk beliau melalui aplikasi Dashboard Komuniti (My Shop) di samping meningkatkan ilmu beliau dalam penggunaan ICT.

 

kelulut2

kelulut3

kelulut4

 


 

USAHAWAN KECIL (BARANG PERHIASAN BAYI-HEADBAND)

Nama : Suhanna Bt Hamid
Umur : 40 tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Puan Suhanna merupakan suri rumah yang membuat kerja sampingan menjual headband bayi untuk menambah pendapatan keluarga. Beliau menggunakan Facebook (Chic Baby Headband) sebagai medium untuk memasarkan produk jualan beliau.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum mengenali Pusat Internet (PI), beliau perlu kerap kali mengunjungi cybercafe yang berdekatan rumahnya bagi memuat naik foto produk jualan beliau di laman sosial media beliau. Oleh itu, beliau terpaksa membayar harga yang mahal bagi menggunakan perkhidmatan di cybercafe tersebut.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Namun, selepas Puan Suhanna melibatkan diri sebagai ahli di PI Pekan Batu Kurau, beliau dapat menggunakan perkhidmatan yang disediakan di sini dengan sempurna dan lebih selesa berbanding cybercafe. Puan Suhanna juga telah menyertai kursus keusahawanan yang dianjurkan oleh pihak PI dan Mdec bagi meningkatkan lagi pengetahuan beliau dalam cara pemasaran yang lebih efektif.

headband1

 


 

ILMU ICT DAN PEMBELAJARAN

Nama : Saw Hooi Lin
Umur : 17 tahun
Ahli : 2016

 

Latar belakang

Saw Hooi Lin merupakan pelajar Tingkatan 5 di SMK Dato' Kamaruddin, Batu Kurau, Perak. Bagi memenuhi tanggungjawab beliau sebagai seorang pelajar, beliau perlu menyiapkan setiap tugasan dan kerja kursus yang diberikan di sekolah tambahan pula beliau akan menduduki Sijil Pembelajaran Malaysia pada tahun ini. 

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau sering mengunjungi cybercafe yang berhampiran bagi mencari bahan dan maklumat yang diperlukan untuk kerja kursus dan pembelajaran beliau. Meskipun beliau kadang kala perlu menghabiskan masa dan wang di situ, namun beliau tiada pilihan lain selain cybercafe.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengetahui kewujudan Pusat Internet di Batu Kurau, beliau dapat menggunakan semaksima mungkin kemudahan yang terdapat di sini. Di PI juga, beliau dapat mempelajari cara menggunakan internet dengan lebih berhati-hati melalui program Klik Dengan Bijak (KDB). Selain itu, beliau juga mendapat ilmu yang baru seperti cara mencari bahan rujukan untuk ulangkaji dan kerja kursus dengan betul. PI juga telah membantu beliau mempertingkatkan ilmu ICT beliau terutamanya Microsoft Office. Secara tidak langsung, Saw Hooi Lin berjaya menyediakan diri beliau untuk menghadapi dunia tanpa sepadan dengan lebih berdaya saing yang tinggi.

 

sow1

sow2

 


 

USAHAWAN KECIL (MAKANAN)

Nama : Norafizah Binti Sa'ari
Umur : 29 tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Puan Norafizah merupakan anak jati Batu Kurau yang giat dalam menjalankan perniagaan keluarga beliau dalam industri makanan di Batu Kurau. Antara produk beliau ialah kerepek pisang dan tempeyek. Meskipun beliau hanya mempunyai kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), itu bukanlah menjadi batu penghalang bagi beliau untuk menceburi bidang keusahawanan. Beliau juga sangat bijak merebut peluang dan menggunakan bakat beliau dalam bidang ini.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum melibatkan diri dalam aktiviti keusahawanan di PI Pekan Batu Kurau, beliau hanya mampu memasarkan produk beliau di sekitar Batu Kurau dengan permintaan yang sangat sedikit.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengenali PI1M, beliau dapat mengikuti kursus keusahawanan yang telah dijalankan di PI Batu Kurau. Puan Norafizah dapat mempelajari cara untuk memasarkan produk beliau dengan menggunakan media sosial seperti Facebook bagi memperluaskan perniagaan beliau di luar dan dalam Batu Kurau. Kini, permintaan orang ramai untuk jualan produk beliau juga semakin hari semakin meningkat terutama pada musim perayaan.

 

afizah1

afizah2