PERKHIDMATAN (JURUHEBAH MAJLIS)

Nama : Sobri Bin Mahmud
Umur : 60 tahun
Ahli : 2015

 

Latar belakang

Sobri bin Mahmud merupakan seorang pesara kerajaan dan mantan ketua kampung Sempeneh Cempaka, yang menyediakan perkhidmatan sistem audio untuk majlis sekitar Batu Kurau. Selain itu, bagi menambah pendapatan beliau, Encik Sobri juga membuat kerja sampingan dengan menjual murtabak terutama pada bulan Ramadhan. 

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada peringkat awal beliau hanya menjalankan perniagaan beliau hanya di kawasan Batu Kurau. Tambahan pula, pengetahuan yang kurang mengenai ilmu keusahawanan menyebabkan beliau sukar untuk memperluaskan perniagaan beliau. 

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui PI1M, beliau mendapat nasihat dari petugas PI untuk menggunakan media sosial sebagai satu medium untuk meluaskan lagi perniagaan beliau bukan sahaja di Batu Kurau malah di sekitar daerah Larut Matang ini. Kini beliau sudah mewujudkan Facebook untuk kegunaan perniagaan beliau. Selain itu, beliau juga sudah pandai menggunakan smartphone beliau bagi memudahkan beliau memantau Facebook beliau dengan lebih efektif. 

 

dj1

dj2

dj3


 

USAHAWAN KECIL KEM LATIHAN

Nama : Shaarani b. Mohd Zolkurnain
Umur : 26 tahun
Ahli : 2016

Latar belakang

Shaarani B Mohd Zolkunain merupakan graduan Sarjana Muda International Business dari UiTM Shah Alam. Beliau yang kini berumur 26 tahun adalah merupakan pengasas Kem Air Hitam iaitu salah satu kem motivasi dan bina semangat di Batu Kurau.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menyertai PI Pekan Batu Kurau, beliau kerap kali mengunjungi cyber cafe bagi menyiapkan kertas kerja dan melayari internet untuk mengemaskini Facebook page (Kem Air Hitam) untuk mempromosikan kem beliau. Namun, dengan kelajuan internet yang kurang memuaskan dan perlahan di cyber cafe menyukarkan kerja beliau.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui PI, beliau dibantu dalam cara menyediakan kertas kerja, sebut harga, dan cara mempromosikan kem beliau oleh petugas PI. Selain itu, beliau juga mempelajari secara lebih mendalam tentang pemasaran melalui media sosial dengan penganjuran program E-usahawan yang diadakan di PI Pekan Batu Kurau, Perak. Selain perkhidmatan pinjaman netbook secara percuma, PI juga menyediakan perkhidmatan yang lain bagi membantu beliau menyiapkan kertas kerja beliau dengan lebih sempurna seperti percetakan dan fotostat. 

 

kemairhitam1

kemairhitam2

kemairhitam3


 

BELAJAR MICROSOFT OFFICE

Nama : Nurul Ramizah binti Ali Hasan
Umur : 25 tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Nurul Ramizah merupakan seorang pelajar istimewa yang mempunyai masalah dalam percakapan dan pendengaran. Namun begitu, beliau seorang yang sangat bercita-cita tinggi bagi memajukan diri sendiri dengan pelbagai kemahiran terutama dalam penggunaan komputer.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menyertai PI Pekan Batu Kurau, beliau kurang mahir menggunakan komputer terutama dalam Microsoft Word. Kebiasaannya beliau mengunjungi cyber cafe untuk membuat kerja. Namun, dengan kesukaran beliau untuk berkomunikasi dengan baik dengan pembantu cyber cafe tersebut  membuatkan beliau rasa tidak selesa.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Dengan kesedaran diri yang tinggi ingin meningkatkan kemahiran diri, Nurul Ramizah telah melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang dianjurkan oleh pihak PI Pekan Batu Kurau terutamanya pada hujung minggu. Beliau juga telah menyertai kursus komputer bagi memahirkan diri dalam penggunaan Microsoft Office di PI Pekan Batu Kurau. Sekarang, beliau telah pandai menggunakan Microsoft word, power point dan excel walaupun masih dalam peringkat sederhana. Secara tidak langsung, PI telah membantu komuniti sekeliling dalam penguasaan komputer meskipun dari pelbagai peringkat umur dan kategori untuk terus berdaya saing dengan dunia luar.

ramizah1

ramizah2


 

CARA PENGGUNAAN INTERNET (PEMBELAJARAN) DAN MICROSOFT OFFICE

Nama : Siti Nurhafizah binti Roslan
Umur : 17 tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Siti Nurhafizah merupakan seorang pelajar tingkatan 5 di Sekolah Menengah Dato’ Kamaruddin, Batu Kurau, Perak. Sebagai seorang pelajar, beliau perlu menyiapkan setiap tugasan dan kerja kursus yang diberikan bagi memenuhi kehendak silibus matapelajaran dalam Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) di sekolah.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebagai seorang pelajar yang akan menghadapi SPM tidak lama lagi menyebabkan Siti Nurhafizah bertambah bersemangat untuk mencari maklumat dan rujukan sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan tersebut. Oleh itu, beliau tiada pilihan lain dengan mengunjungi cyber cafe untuk mendapatkan maklumat meskipun perlu berbelanja dengan harga yang mahal dan suasana yang kurang selesa.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah menyertai PI Pekan Batu Kurau, beliau menjadikan tempat ini sebagai pusat untuk mengulangkaji pelajaran dengan cas perkhidmatan penggunaan komputer yang berpatutan yang disediakan terutama kepada ahli yang berdaftar. Hal ini memberi faedah kepada pelajar untuk mendapatkan maklumat dan membuat tugasan dengan lebih efektif. Selain suasana yang selesa dan sesuai untuk aktiviti pembelajaran, PI juga menyediakan kemudahan yang lengkap seperti fotostat dan percetakan bagi memudahkan urusan komuniti setempat. Kini, Siti Nurhafizah telah mahir dengan penggunaan Microsoft Word dan Microsoft Powerpoint dalam menyelesaikan tugasan beliau malah dapat mengulangkaji pelajaran dengan lebih selesa.

 

hafizah1

hafizah2

hafizah3


 

USAHAWAN KECIL GAJET

Nama : Nur Syazwani binti Azlan
Umur : 23 tahun
Ahli : 2016

 

Latar belakang

Nur Syazwani seorang graduan diploma seni kulinari UiTM Dungun Terengganu, berumur 23 tahun. Perniagaan online adalah mata pencarian utama beliau selepas tamat belajar.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum kewujudan PI Pekan Batu Kurau, Nur Syazwani terpaksa berkunjung ke cyber café yang kelajuan internetnya tidak memuaskan dan cas penggunaan yang mahal. Selain itu, suasana di situ juga tidak selesa kerana bising dan dipenuhi kanak-kanak yang bermain permainan komputer secara online.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui PI, beliau mendapat lebih banyak peluang dan kelebihan kerana PI memberi cas penggunaan yang berpatutan dengan kelajuan internet yang tinggi dan mempunyai perkhidmatan yang lengkap  seperti, percetakan, fotostat, dan lain-lain. PI juga telah  membantu beliau mempelajari secara lebih mendalam tentang pemasaran melalui sosial media dengan menghadiri program intel yang diadakan di PI. Secara tidak langsung, Pusat Internet  telah memberikan impak yang baik tehadap komuniti sekeliling dalam pendidikan ICT.

 

syazwani1

 

syazwani2

syazwani3